.... Zam Maidin, Analisis Bodoh Tak Dapat Dipisahkan | AAKJ



Kesian Zam Maidin....


Tersembur kopi saya bilamana terbaca penulisan Zam Maidin di blognya. Bukan kerana terperanjat... tetapi kerana telahan kelakar yang dibuat beliau kononnya sebuah analisis berasaskan random sampling. (Zam Maidin buat random sampling di perhimpunan Bersih 5 agaknya). Malah di akhir penulisan tersebut, Zam Maidin menegaskan yang penulisannya bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah. Informasi berhemah? Berdekah-dekah saya ketawa dengan penulis syok sendiri ni.
Antara perenggannya beliau menulis...

“BN Pasti Akan Hilang Kuasa Di Empat Negeri ...

(antaranya) Di Terengganu,  kepimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal  berada dihujung tanduk dan  tidak mesra rakyat malah maruahnya hilang di mata rakyat apabila semua anugerah kebesarannya  dilucutkan oleh Sultan Terengganu.Beliau satu satunya MB yang tidak bergelar Datuk.

Malah nama MB Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.

Ini bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah  – Zam Maidin 30 November 2016.”

Oleh kerana saya sendiri melihat situasi politik di Terengganu sejak kepimpinan DS Idris Jusoh sendiri, disusuli DS Ahmad Said dan kini Ahmad Razif. Sebaiknya saya mengambil pendapat Zam Maidin mengenai ‘kejatuhan Terengganu’ untuk membuat penilaian kepada penulisan Zam Maidin.
Dari sinilah kita boleh menilai, sejauh manakah kredibiliti dari analisis serta penulisan Zam Maidin yang boleh digunapakai... atau sekadar penulisan sampah dan tak boleh pakai.

“Kepimpinan Ahmad Razif Abd Rahman lebih mudah jatuh...”

Sehari selepas Zam Maidin memuatnaik pendapat hentam keromo tersebut (tak layak dipanggil informasi berhemah pun sebenarnya), ucapan Presiden UMNO semasa perasmian PAU 2016 seolah-olah telah menempeleng tepat ke muka Zam sekaligus menjadikan mata 1-0.


“saya turut berbangga dengan catatan kehalian baru paling ramai, mengikut ibu pejabat yakni dari UMNO bahagian Kuala Nerus, Terengganu seramai 2,876 ahli. Dan kategori negeri pula keahlian baru untuk tempoh tahun ini setakat ini tercata oleh Terengganu Darul Iman berjumlah 9,787 ahli baru setakat ini” - DS Najib Razak 1 Disember 2016



Apakah indikator yang digunakan oleh Zam Maidin bagi menunjukkan negeri Terengganu lebih mudah jatuh (ke tangan pembangkang) sedangkan berlakunya pertambahan dan peningkatan ahli UMNO sebagaimana dilaporkan ibu pejabat telah mencatatkan rekod paling tinggi di Terengganu?
Zam... ini informasi berhemah atau informasi SAMPAH...?

“Tidak Mesra Rakyat dan Maruahnya Hilang Di Mata Rakyat”

Melihat kepada interface blog Zam Maidin (yang tidak mesra pembaca), dan face Zam Maidin sendiri, saya anggarkan penulis cabuk ini ‘tersangkut’ di zaman old school, masih menaip menggunakan typewriter dan tidak memanfaatkan penggunaan internet dan media sosial secara menyeluruh.
Benarkah Ahmad Razif tidak mesra rakyat? Adakah Zam Maidin tidak mengikuti perkembangan di laman sosial pemimpin Terengganu itu.

There’s an english saying that “A picture is worth a thousand words”.


Kemesraan Ahmad Razif  bersama rakyat bukanlah satu lakonan. Individu ini bertanggungjawab memperkenalkan gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan salah satu prinsip dari lapan prinsip berbunyi Mesra Tapi Tegas.

Zam Maidin cuba mengatakan bahawa orang yang membuat prinsip tersebut sendiri tidak mesra...? Jenaka apakah ini Zam? Soal istana bukanlah sesuatu yang gemar disentuh oleh rakyat Terengganu sendiri. Zam hanya perlu faham rakyat Terengganu akur dan taat kepada titah baginda Sultan. Malah rakyat masih akur dan tidak membantah Ahmad Razif untuk terus menerajui kepimpinan negeri Terengganu sebagai Menteri Besar. Bukankah Ahmad Razif juga seorang rakyat yang taat dan meneruskan tugasannya sebagai Menteri Besar? Jangan jadi sempit... dan jangan melihat perkara dari satu sudut sahaja.

“Beliau satu-satunya MB yang tidak bergelar Datuk”

Kamonlah bro... kalau bergelar Tan Sri sekalipun (ini saya tidak kata siapa-siapa), tetapi tidak ada sumbangan malah kerjabuat pun tidak nampak. Maka sia-sia saja.

“Nama MB Terengganu tidak diingati oleh SEBAHAGIAN BESAR rakyat di negeri itu”

Ini saya kira kenyataan paling bodoh yang boleh dikeluarkan oleh seorang yang pernah memegang title Menteri di Kementerian Penerangan. Entah dari manalah dia cedok ‘info berhemah’ ini. Kalau dah namanya rakyat di negeri ini... mustahil SEBAHAGIAN BESAR tidak kenal siapa MB. Kalau ditulis sebilangan kecil... saya masih boleh terima walaupun masih kurang yakin sepenuhnya yang rakyat tidak kenal MB.

Last but not least.... tajuk, pembuka serta penutup artikel itu sendiri yang membuatkan saya gelihati.

Zam Maidin dengan yakinnya mengatakan BN pasti! Pasti! Pasti sekali akan hilang kuasa di empat negeri. Wah wah wah.. kepastiannya itu pula bersandarkan  suatu analisis atau ramalan  yang mudah berasaskan random sampling secara senyap di akar umbi oleh beliau sendiri dan kawan-kawannya di seluruh  negeri.

Tertanya saya...Zam Maidin sendiri semasa bertanding di Parlimen Sungai Petani pada tahun 2008 tidak buat analisis dan random samplingkah bahawa BELIAU PASTI AKAN KALAH? Kalau dah ada kepastian beliau akan kalah kenapa beliau bertanding? Atau mungkin Zam Maidin bertanding kerana PASTI dan YAKIN beliau akan memenangi kerusi parlimen Sungai Petani (selepas buat analisis).. . tapi akhirnya tewas kerana kepastian itu hanya bersandarkan analisis beliau yang menggunakan cara lapuk? Kesian Zam Maidin...

Jadi analisis Zam Maidin BN pasti akan hilang empat negeri sebagai informasi berhemah? Saya sarankan beliau simpan pada dirinya sendiri saja. Analisis kekuatan sendiri pun tak lepas lagi...

Saya cuba mahu mengulas lebih panjang penulisan Zam Maidin. Tetapi jadi bosan membaca ‘info berhemah’ darinya yang banyak menyimpang dan kelaut... boleh saya simpulkan penulisan ini hanyalah penulisan syok sendiri dengan analisis sabun di bilik mandi.

Mungkin juga saya perlu berhenti membaca penulisan dari Zam Maidin selepas saya sendiri pula membuat analisa terhadap penulisannya. Kesian Zam Maidin... - Amp

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top