.... Sultan Terengganu Menganugerahkan Kembali Gelaran Datuk Seri kepada MB Razif Berkuatkuasa Hari Ini | AAKJ



Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman. Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.

Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini".

Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.




- BERNAMA

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top