.... Skandal Seks: Penjelasan Anina Saadudin Ketua Sri Kandi PPBM | AAKJ




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saudara/i yang saya kasihi,

Ketika saya menolak 2 kali jawatan Ketua Srikandi PPBM dan mengambil keputusan untuk menerimanya sesudah itu, saya telah mengambilkira segala dugaan dan rintangan yang bakal saya tempuhi dalam perjuangan ini.

Saya menerima jawatan ini dengan penuh tanggungjawab dan sedar amanah ini bakal dipersoalkan sesudah matinya saya.

Memimpin satu bala tentera sayap wanita sebuah parti yang ditunjangi Tun M adalah penghormatan besar bagi saya namun yang lebih besar dari itu, tanggungjawab ini menuntut pengorbanan jiwa dan raga bukan hanya saya seorang malah anak-anak, keluarga besar saya, beribu anak murid yang sayangkan saya diseluruh negara serta sahabat-sahabat terdekat saya. Mereka adalah tunjang hidup saya. Saya adalah cerminan hidup mereka.

Manusia, selagi bernama manusia pasti tidak lepas dari sifat lalai dan alpa. Mereka sering lupa fitrah kejadian manusia itu telah terikat janjinya dengan Allah di alam rahim ibu. Mereka hidup sesuka hati dan mereka lupa hidup pasti akan mati. Kerana itulah mereka langsung tidak merasa bersalah merompak hak insan lain dan bersenang lenang dengan harta rompakan. Malah terlalu ramai juga yang tanpa segan silu merompak kehidupan insan lain dengan menabur fitnah dan mengaibkan insan lain tanpa perasaan malu kepada Penciptanya.

Mereka lupa bahawasanya mereka juga adalah seorang wanita, lelaki, isteri, bapa, anak, menantu malah mereka juga punya anak cucu yang bakal menempuh hidup di atas dunia.

Saya berdiri dengan bangga dalam perjuangan dari rakyat untuk rakyat dan saya melangkah dengan penuh keyakinan di atas landasan perjuangan ini kerana saya yakin sepenuh hati Allah bersama saya. Semoga Allah tidak akan melepaskan saya walau sesaat juapun dari pandanganNya. Semoga dengannya juga hidayah dan keberkatan Allah akan mengiringi perjuangan hamba kerdil ini.

Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia. Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab "sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks. Sabarlah kerana jika kita hendak mencuci jamban, sudah pastilah kita perlu terkena kotorannya juga. Jika tidak bagaimana nak cuci jamban".

Saya kira bekas anak murid saya yang mengenali saya bertahun-tahun dan kini ahli perniagaan berjaya ini lebih memahami keperibadian saya dari khalayak politik yang baru mengenali saya sejak setahun lebih.

Apa yang penting bagi saya adalah kepercayaan anak-anak, ahli keluarga, anak-anak murid dan sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang perihal saya sejak dahulu, yakni sebelum saya bergelar seorang ahli politik.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, usah simpati dan bimbangi saya kerana saya lebih mengutamakan anda semua dari diri saya sendiri. Nasib 30 juta rakyat Malaysia dan anak cucu mereka adalah bergantung kepada muafakat kita semua dalam mencorak politik baru di Malaysia.

Kematangan dan kecerdikan kita semua adalah hidayah dari Allah.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

I'm a fighter, not a politician.
Anina Saadudin
Ketua Srikandi Pribumi Bersatu Malaysia


Antara yang didedahkan oleh blog sebelum ini:


Dipetik dari sumber : ​KAMIKAZENEWS

Sebuah akaun Facebook telah menukarkan perbualan print screen Anina dengan seseorang lelaki dalam bentuk infografik pendedahan siri 1-4 bertarikh 1 hingga 20 Ogos 2016. Bagaimanapun dapat dikesan transkrip whatsapp itu adalah merujuk kepada Anina pemimpin wanita PPBM itu.

Dalam masa sama satu sebaran whataps berkaitan usaha BOIKOT dan ANTI Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin yang dikatakan telah menjanda sejak 2014 tapi berperangai menyerupai jalang turut viral dalam media sosial dipercayai kumpulan PPBM yang anti dengan Anina.
Berdasarkan kepada tangkapan layar itu, individu dikatakan Anina dan pasangannya sedang berbincang mengenai seks, tempahan hotel dan klimaks sehingga 4 kali pancut.
Tidak cukup itu beberapa gambar dan rakaman suara Anina juga disebar dalam media sosial. Katanya transkrip original perbualan seks Anina itu bakal tersebar meluas tidak lama lagi.
Sehingga hari ini Anina yang dikaitkan skandal seks berkait print screen dan gambar tersebar masih berdiam diri dan tidak memberikan respon.
Anina perlu tampil ke depan membersihkan namanya. Jika ia benar ia tentu mencerminkan moral rendah pemimpin PPBM yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri itu.
Sumber : KAMIKAZENEWS
PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Kamikazenews dengan tajuk asal Benarkah Anina terlibat dengan Skandal 4 kali pancut?. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak editor portal Tv14 mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak portal Tv14 berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top