.... Rafizi Menipu Kos MRT Seoul Line, Barcelona Sants-La Sagrera, MRT 1 SBK Malaysia | AAKJ



YB RAFIZI MESTI MEMBALAS MESEJ INI, BUKANNYA MENYALAHKAN ORANG YANG MENYAMPAIKAN BERITA

1. Semalam, YB Rafizi memberitahu media bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional kerana berulang kali memberikan bukti untuk mendedahkan bahawa dakwaan beliau secara terang-terangan adalah salah - yang terbaru adalah dakwaan beliau bahawa projek MRT SBK yang dibuka baru-baru ini menelan kos lebih daripada dua kali ganda daripada projek-projek MRT di Sepanyol dan Korea Selatan.

2. Kita perhatikan bahawa Rafizi tidak mengulas mengenai kandungan sebenar pendedahan kami tetapi memilih untuk menggelarkan kami "cybertrooper".

Ini mencadangkan bahawa Rafizi sedar bahawa beliau telah didedahkan sebagai penipu yang bergantung pada maklumat yang salah dari internet termasuklah dari blog Wordpress yang tiada nama dengan gelaran "Pedestrian Observations" untuk menyerang projek MRT kerajaan yang telah pun memberikan banyak manfaat kepada rakyat.

3. Untuk mengimbas semula, Rafizi secara umum telah mendakwa yang berikut:
a) Projek MRT Seoul Line 9 sepanjang 27km menelan kos sebanyak USD43 juta
b) Projek MRT Barcelona Sants-La Sagrera sepanjang 5.8km yang dibina antara tahun 2008 dan siap pada tahun 2011 menelan belanja sebanyak USD39 juta setiap km
c) bahawa MRT 1 SBK Malaysia sepanjang 51km menelan kos sebanyak USD103 juta setiap km yang mana adalah lebih daripada dua kali ganda daripada projek-projek MRT di Barcelona dan Seoul.

4. Kami kini akan mendedahkan lebih banyak bukti bahawa Rafizi - sama ada secara sedar atau tidak- telah menggunakan maklumat salah untuk menghasut dan mengelirukan orang ramai dengan mencemuh kerajaan.

5. Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan kami sebelum ini, kami telah berkata bahawa sumber-sumber yang lebih sahih untuk projek MRT Seoul Line 9 dari Institut Pembangunan Korea menunjukkan bahawa kosnya adalah USD 5.7 bilion untuk 37.5km atau USD152 juta setiap km.

Pautan itu di sini: http://www.siudmysore.gov.in/UTdetails/Day4.pdf


6. Kami juga berkata bahawa sumber lain, Kerajaan Metropolitan Seoul memberikan kos pembinaan purata untuk pelbagai laluan MRT yang dibina di tempat-tempat yang berbeza pada masanya adalah USD105 juta setiap km (setakat tahun 2010).

Maklumat ini terdapat pada muka surat 4 dalam pautan ini: http://chinese.seoul.go.kr/wp-content/uploads/ch/uc/seoul/swf/eBook_/Br_010_rapidtransit/seoul_rapidtransit.pdf

7. Anda akan nampak bahawa kedua-dua pautan ini datang dari entiti kerajaan dari dua negara yang berbeza - bukan dari blog-blog tanpa nama yang Rafizi seolah-olah suka merujuk sebagai sumber maklumat

8. Sekali lagi kami menekankan bahawa jika YB Rafizi masih percaya bahawa projek MRT Seoul bawah tanah yang berkapasiti lebih tinggi menelan kos sebanyak USD43 juta setiap km, beliau seharusnya mempersoal Kerajaan DAP Pulau Pinang mengapa projek LRT atas tanah yang berkapasiti lebih kecil menelan kos sebanyak 50% lebih iaitu sebanyak USD64 juta per km.

9. "Projek MRT" Barcelona Sants-La Sagrera sepanjang 5.8km yang YB Rafizi katakan menelan kos sebanyak USD39 juta setiap km juga BUKANLAH projek MRT.

Ia hanyalah untuk membina satu terowong sepanjang 5.8km yang bernilai €179·3 juta - tanpa stesen, depot, sistem isyarat atau kereta api.

Ini telah dinyatakan dengan jelas di sini: http://www.railwaygazette.com/news/infrastructure/single-view/view/barcelona-tunnel-complete.html

10. Adalah tidak masuk akal untuk seorang Ahli Parlimen (MP) untuk menggunakan kos untuk satu terowong yang kosong untuk dibandingkan dengan projek MRT yang lengkap untuk mendakwa secara terbuka bahawa projek MRT SBK ini menelan kos lebih daripada dua kali ganda.

Mengapa seseorang mahu membandingkan satu terowong dengan projek MRT yang lengkap?

Ia juga adalah tidak masuk akal untuk seorang Ahli Parlimen untuk mempercayai bahawa Barcelona akan membina sistem MRT yang hanya 5.8 km panjangnya.

11. Bagi mengelakkan keraguan, terowong yang disebutkan oleh YB Rafizi adalah sebahagian daripada projek MRT Barcelona Metro Line 9/10 yang panjangnya adalah 48km dan kosnya adalah sebanyak Euro €6.5 bilion (atau USD7.9 bilion berdasarkan pada kadar pertukaran tahun 2011). Ini bersamaan dengan USD164.5 juta setiap km – jauh lebih tinggi daripada dakwaan YB Rafizi iaitu USD39 juta setiap km

Pembinaan bermula pada tahun 2002 dan telah siap pada tahun 2014.

Berikut adalah dua pautan yang menunjukkan perkara ini:
http://www.railway-technology.com/projects/barcelona-metro-line-9/
http://www.barcelona-metropolitan.com/in-the-city/the-big-dig-barcelonas-metro-line-9/

Ia adalah jelas bahawa kedua-dua projek spesifik MRT Seoul dan Barcelona yang dipetik oleh YB Rafizi itu adalah lebih mahal daripada projek MRT SBK kita secara per kilometer.

12. Walaupun beliau telah salah sekali lagi, untuk menjadikan dirinya berguna, YB Rafizi perlu menggunakan maklumat mengenai terowong yang telah beliau ketahui itu untuk mempersoal Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mengapakah projek 5.8km itu menelan kos sebanyak USD39 juta setiap km (berdasarkan kadar pertukaran tahun 2011) manakala projek Terowong Pulau Pinang sepanjang 7.2km itu menelan kos sebanyak RM3.6 bilion - atau USD162 juta setiap km (berdasarkan kadar pertukaran tahun 2011).

13. Kesilapan YB Rafizi yang banyak dalam hanya beberapa minggu yang lepas ini adalah sebab mengapa beliau tidak lagi diambil serius.

Kami hairan mengapa YB Rafizi terus menegaskan bahawa Perdana Menteri menyaman beliau. Kami mengingatkan beliau bahawa beliau telah disaman oleh Perdana Menteri kerana kenyataan beliau mengenai cincin berlian di mana YB Rafizi telah memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya bergurau. Ia hanyalah satu jenaka.

Walau bagaimanapun, YB Rafizi telah membuat begitu banyak dakwaan palsu sehinggakan ia tidak lagi lucu.

14. Kami menjangkakan bahawa YB Rafizi akan cuba sekali lagi untuk melarikan diri daripada pembohongan secara terang-terangan beliau dengan menyalahkan orang yang telah mendedahkan satu lagi percubaan yang disengajakan oleh beliau untuk memfitnah kerajaan dengan menggunakan pembohongan.

15. Seorang ahli Parlimen yang berkali-kali membuat tuduhan tidak berasas yang menghasut orang ramai menggunakan data yang secara terang-terangan bukanlah tidak berbahaya.

Ia adalah satu permainan fitnah yang berbahaya yang YB Rafizi perlu hentikan.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Putrajaya.
29 Disember 2016

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top