.... Penerima BR1M Akan Didakwa Di Mahkamah Sekiranya Pakatan Harapan Menang – Mahathir | AAKJ



Dari blog pro pakatan:

Tun Mahathir semalam mengingatkan rakyat Malaysia, terutama 7 juta yang namanya berdaftar sebagai penerima BR1M, bahawa mereka berhadapan dengan tindakan undang-undang dibawah Akta Pencegahan Rasuah sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 yang akan datang.

Ini kerana jelas BR1M adalah satu rasuah kerana melibatkan pemberian tunai, terus kepada rakyat. Tidak kiralah apa pun definasi yang diberikan pentadbiran Najib ke atas BR1M ini, subsidi terarah dan sebagainya, rasuah tetap rasuah.

Memang diakui ramai dikalangan pimpinan Pakatan Harapan sendiri keliru dengan status BR1M tapi itu adalah kerana pentadbiran Najib hari ini mengklasifikasikan BR1M sebagai “faedah dari kerajaan”. Setelah Pakatan Harapan menang dalam PRU14 nanti, BR1M akan diklasifikasikan sebagai rasuah, dan semua penerimanya adalah penerima rasuah.

Justeru, dengan pertukaran pentadbiran dijangka berlaku tahun depan, adalah penting untuk rakyat mengelak dari menerima BR1M ini untuk mengelak di dakwa dibawah Akta Pencegahan Rasuah oleh pentadbiran Pakatan Harapan yang mengambil alih selepas itu.


Penafian: azmykelanajaya.com tidak bertanggung jawab ke atas mana-mana artikel yang diambil dari sumber asal. Pihak yang terbabit perlu tampil bersihkan dakwaan.

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top