.... Pembantu Anina Dedah Siapa "Toyboy 4X Klimak" | AAKJ




Pendedahan isu skandal seks Anina yang menjadi kecoh sejak beberapa hari ini sebenarnya bermula dari pendedahan Pembantu Peribadinya. Ikuti perbincangan
dalam Blog Captain M





1. Dua hari ini nampaknya Isu Skandal Seks Anina Saadudin Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mewarnai dunia media sosial. Perkataan trending sekarang ialah "Salam 4 kali". Bermula dengan pendedahan sebuah laman blog bernama KAMIKAZENEWS yang dikongsi oleh portal Tv14, selain didedahkan oleh blog pembangkang seperti milosuam Amenoworld, dan beberapa blog lain. Anina pada 15 Disember 5.23 petang melalui kenyataannya dalam Facebook Anina Saadudin didapati tidak membuat sebarang penafian secara umum sebaliknya menyifatkan tuduhan skandal seks dengan “4 kali klimaks” itu sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan berpolitik.

“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia. Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks. Sabarlah kerana jika kita hendak mencuci jamban, sudah pastilah kita perlu terkena kotorannya juga. Jika tidak bagaimana nak cuci jamban”.”



2. Kemana hilangnya singa betina Anina Saadudin? Dulu dia pernah hina Tuan Guru HAdi Awang, hina Islam malah keberaniannya sehingga menyaman Presiden UMNO seakan tenggelam dibalik madah jawapan Anina yang sepatutnya beliau melaporkan kepada pihak polis dan bersedia menyaman pihak yang mendedahkan skandalnya jika itu tidak benar. Mengapa Anina takut? atau ada sesuatu yang Anina sembunyikan?.


Tentu lebih pedih bila media seperti Sinar Harian turut memetik berita ini. Apa lagi Anina tunggu melainkan melaporkan kepada pihak polis. Kebenaran harus didedahkan.

SKANDAL SEKS DIDEDAHKAN OLEH PEMBANTU PERIBADI ANINA SAADUDIN?

3. Ada yang berkata permainan sudah bermula. Bagi Anina dan pasukannya beliau menuduh ini semua kerja UMNO sebagaimana pendedahan Skandal Seks Tan Sri Muhyiddin Yasin Presiden PPBM bersama Nika Gee bekas isteri seorang peguam. Anina merasakan dia difitnah. Ada pula yang berkata ini tentulah episod permulaan peperangan dalaman PPBM antara Hamida Osman, Hamizura Osman dengan Anina Saadudin. Merekalah yang menyebarkan peperangan dalaman PPBM ini.

4. Captain M akan bangkitkan dua perkara pertama ialah pendedahan yang dilakukan oleh bekas Pembantu Peribadi Anina bernama Haiyan Uqba (nama facebook) dan kedua ialah perang dalaman antara Anina dengan penggerak PPBM di Langkawi seperti Amar Pared yang menumbuhkan musuh serta perebutan kuasa dalam kepimpinan Srikandi PPBM.


Sebahagian kandungan 196 rahsia Anina ini
sudah terdedah?


Ketua SRIKENCING!





Akrabnya Anina dan Haiyan Ugba sebelum ini




Kepercayaan Anina kepada Pegawai Politiknya Fazli Mohamad dan Haiyan Ugba Pembantu Peribadi.

5. Bagaimanapun Haiyan Ugba dalam posting terbarunya hari ini 16 Disember 2017 dalam Facebook membuat penjelasan dan menceritakan siapa sebenarnya Anina Saadudin Ketua Srikandi PPBM itu.

Katanya "PPBM perlukan Ketua Srikandi yang ada KREDIBILITY bukan NAFSU JAWATAN & SEX YANG TINGGI".
"Kalau korang rasa benda skandal seks ini fitnah.. Suruh lah Ketua Srikandi Anina Saadudin buat report polis. Buat sumpah laknat terus.. Jangan sembang je".







Haiyan Ugba tahu siapa Toyboy Anina Saadudin. Haiyan menyimpan rahsia itu. jadi bukan UMNO yang dedahkan tetapi pegawai Anina Sendiri yang muak dengannya.

ANINA FITNAH AMAR PARED SEBAGAI GAY!

6. Anina dikatakan bermulut lancang sehingga petugas PPBM di Langkawi mengamuk dengan Anina. Hamizura yang mengintai jawatan Srikandi PPBM turut menyindir Anina. Katanya tak perlu bergaduh masa buat kerja dan dah ramai tahu!







Anina tuduh Amar Pared Gay. malah Adam Mukhriz admin KCD turut mengata Anina sebagai KAKI KENCING! benarkah Amar Pared Gay?



Perang Amar Pared terhadap Anina Saadudin













7. Jadi jelas pendedahan Skandal Seks Anina Saadudin Ketua Srikandi PPBM ini bermula dari Pembantu Peribadi Anina dan musuhnya dalam PPBM itu sendiri. Apa yang sampai dalam media sosial tentu akan menjadi bahan netizen tidak kira parti mana. Jadi apakah anda menunggu gambar, transkrip whatsapps, audio dan video? nantikan sahaja pasti akan keluar. Katanya banyak lagi! Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu! Beranikah Anina melaporkan kepada pihak polis skandal ini atau politiknya bakal terkorban nanti?



Jom memerhati...

Sumber: Captain M




PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Captain M dengan tajuk asal “PANAS! PEMBANTU ANINA DEDAH RAHSIA ANINA KUAT SEKS & KENAL SIAPA TOYBOYNYA. PERANG DALAM PPBM SUDAH BERMULA SINGKIR ANINA?". Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top