Apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin membuat keputusan bahawa beliau tidak akan lagi 'menyambung' tugas sebagai ketua pemuda di penggal akan datang maka pelbagai pandangan dari akar umbi pemuda mula kedengaran untuk memantapkan lagi pergerakan yang menjadi sayap penting penghubung antara UMNO dan golongan muda.

Sememangnya tiada yang sempurna di dunia ini dan begitulah dengan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang dilihat umpama 'energy' yang tidak stabil, turun naik sepanjang penggal Khairy menjadi Ketuanya. Sempena Persidangan Agong UMNO 2016, aakj berkesempatan membuat tinjauan langsung kepada perwakilan pemuda yang hadir.

Menurut pandangan beberapa perwakilan, antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kepimpinan baharu kelak adalah tentang perlantikan exco pemuda pusat haruslah datang dari Ketua Pemuda Bahagian. Ini kerana mereka lebih berpengalaman dengan selok belok politik 'lokal'. Mereka yang selama ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing dan memahami kehendak golongan muda dan jauh sekali merasa kekok untuk bertemu serta berhubung santai dengan mereka.

Ketua Pemuda mempunyai 'hak prerogatif' atau kuasa istimewa untuk melantik jawatan kuasa tambahan seramai 8 orang dan ditambah dengan 3 lagi sebagai pegawai di dalam senarai Exco beliau. Melalui kuasa istimewa ini seorang ketua pemuda tidak perlu merasa bimbang tentang pengaruhnya di dalam jawatan kuasa tersebut kerana kepelbagaian pandangan melalui perbezaan idea mampu untuk memberikan atau melahirkan keputusan yang terbaik di dalam merangka strategi pergerakan itu sendiri. Gunakanlah hak istimewa tersebut untuk mantapkan pergerakan sayap utama UMNO ini.


Sekiranya ada yang nampak berpengalaman dan mahir tentang sesuatu bidang atau jurusan berkaitan pengkhususan biro maka lantiklah invidu tersebut sebagai pembantu kepada ketua biro itu.

Pergeseran atau tidak sependapat di dalam perbincangan bukannya tanda kelemahan ketua tetapi memberikan kelebihan kepada ketua untuk melihat dengan jelas idea yang bagus antara yang terbaik sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Bayangkan bagaimana kalau exco yang dipertanggung jawab kaku bila berhadapan dengan golongan muda di akar umbi kerana beliau sendiri tidak pernah atau tidak memegang jawatan ketua di bahagian masing-masing? Apa reaksi yang bakal diberikan oleh warga muda ini bila melihat pemimpin dari pusat turun dan gagal berinteraksi dengan baik?

Ketua yang bagus bukan bermakna mereka boleh 'remote' jawatan kuasanya dan zaman angguk-angguk bukan lagi sesuai untuk melahirkan kepimpinan pelapis seterusnya.

Wadah perjuangan sudah jauh berbeza, pendekatan juga jauh berbeza dan pemikiran serta tindakan balas amat jauh berbeza. Warga muda kini lebih agresif, lebih terdedah dengan sumber maya yang memungkinkan mereka ingin melihat seorang pemimpin yang jauh lebih pantas responnya terhadap sesuatu isu. Ditambah pula dengan zaman berinteraksi digital maka lagilah perlu seorang pemimpin atau wakil ketua iaitu exco, seorang yang berpengalaman dengan hubungan akar umbi. Hubungan langsung antara pemimpin dan lokaliti adalah asas sokongan yang utama kerana merekalah pengundi atau bakal pengundi.


Sebagai ketua, Khairy sudah berjaya meletakkan dirinya sebagai ikon anak muda, ini tidak dinafikan namun tidak cukup kerana exco yang juga wakil ketua dilihat tidak menyerlah. Mungkin kerana inilah Khairy mengambil keputusan untuk melakukan rombakan tugas exconya sebelum pilihanraya umum akan datang. Tetapi untuk ketua pemuda akan datang, berilah ruang yang luas kepada ketua pemuda bahagian untuk mengisi jawatan exco pusat, mereka sibuk di bahagian masing-masing bukan satu alasan yang kukuh untuk tidak melantik mereka.

Aakj mohon mencadang.







Post a Comment Blogger

 
Top