.... PAU2016: UMNO Masih Menjadi Tumpuan Media Dalam Dan Luar Negara | AAKJ



Walaupun dihina, difitnah, dicaci maki dan pelbagai mehnah lagi namun UMNO kekal mendapat perhatian media ternama termasuk dari dalam dan juga luar negara. Malah media totok pro pembangkang juga dilihat curi curi menyediakan laporan di celah-celah pemerhati dan penyokong UMNO yang hadir di PWTC.

Kenapa UMNO masih laris? Jawapannya mudah, kerana UMNO adalah parti tulang belakang kepada Kerajaan Pusat yang memerintah Malaysia selain daripada UMNO adalah parti nombor 3 tertua di dunia. Cubaan merosakkan imej UMNO yang dibuat setiap hari tidak mampu untuk calarkan parti yang banyak jasanya kepada umat Melayu dan juga bangsa serta suku yang lainnya.


Kenapa UMNO masih laris? Jawapannya mudah, kerana pemimpin UMNO adalah pemimpin yang dipilih dari yang terbaik antara yang terbagus.

Kenapa UMNO masih laris? Jawapannya mudah, kerana ahli dan penyokong merasakan betapa jasa UMNO bukannya sedikit dan UMNO bukannya sebuah parti yang retorik janjinya. 

Media yang datang samada media tempatan maupun media luar negara boleh melihat sendiri bagaimana Perhimpunan Agung UMNO begitu tersusun strukturnya mesyuaratnya, tersusun amat baik bentang-bahas isu-isu rakyat malah boleh melihat bagaimana kehadiran pengunjung samada ahli atau penyokong yang tidak pernah surut jumlah kehadirannya. Datang untuk sama-sama menyaksikan dan mendengar amanat Presiden UMNO serta isu-isu yang melibatkan bangsa dan agama dibangkitkan.

Menurut sumber pejabat UMNO PWTC, jumlah kehadiran media keseluruhannya lebih dari 1000 petugas. Termasuk media siaraya, cetak dan media sosial.

Hina apabila tukang buat fitnah, bila mereka mengadakan konvesyen parti, hanya sekelumit media yang hadir.







Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top