Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar!!

Sesungguhnya Islam adalah bersaudara, Islam umpama satu tubuh, cubit di tangan maka seluruh anggota badan yang lain turut terasa. Itulah antara isi khutbah solat Jumaat di PWTC bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2016 semalam.

Khatib di dalam khutbahnya juga turut menyeru jemaah agar dapat bersama dengan Perdana Menteri dan juga pemimpin pembangkang, PAS, Hj Hadi Awang di Stadium Titiwangsa esok 4hb Disember 2016 seawal jam 8 pagi bagi mengzahirkan "Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya".

Pada solat Jumaat yang turut dihadiri oleh Presiden UMNO ini juga, Qunut Nazilah dibacakan.

Qunut Nazilah dibacakan ketika umat Islam didatangni bala bencana atau ditimpa musibah seperti perang, wabak, kemarau dll. Bacaan Qunut Nazilah ini sejarahnya pernah Nabi s.a.w baca ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz Al Quran selama sebulan. Menurut hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membaca dua qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz Al-Quran.” (HR Bukhari dan Muslim).
Qunut Nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau berjauhan, iaitu dalam bentuk berdoa kepada Allah Taala. Di dalamnya terdapat kebergantungan kepada Allah dan persaudaraan sesama Muslim.

Semoga Allah merahmati Rohingya dan ummat Islam seluruhnya, aminn.





Post a Comment Blogger

 
Top