Wajah mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap membuat 'kemunculan' semasa Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang bakal berakhir hari ini.

Bezanya berbanding perhimpunan sebelum-sebelum ini, 'kemunculan' Mahathir itu cuma sekadar wajahnya yang menghiasi bungkusan coklat yang dijual oleh peniaga, Shuhaida Saidah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Memetik laporan Sinar Harian Online, Shuhaida berkata, beliau berniaga coklat dengan 'menjual muka' presiden Umno termasuklah Mahathir dan enam presiden Umno yang lain.

Jelas Shuhaida, walaupun mendapat kecaman sesetengah pihak kerana menjual coklat yang memaparkan wajah Mahathir, beliau 'tidak ambil pusing mengenai perkara itu'.

"Semalam kita dikecam, ada yang tanya kenapa jual coklat yang ada gambar Tun M. Bagi saya, kami (peniaga) bukan ahli politik.

"Lagipun inikan fakta sejarah, beliau tetap bekas Presiden Umno," katanya yang menjual coklat itu dengan pakej enam presiden Umno dalam harga istimewa RM10.

Mengenai sambutan terhadap produk coklatnya itu, Shuhaida berkata, sepanjang lima hari berlangsungnya perhimpunan itu, coklat yang memaparkan muka Presiden Umno sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak paling laris.

"Muka Najib paling laku, diikuti muka Tun Mahathir dan lain-lain bekas presiden," katanya.


sumber


Post a Comment Blogger

 
Top