Rakyat Malaysia sedang memerhatikan samada PAS yang berlabelkan kononnya sebuah parti Islamik atau semata-mata mahu kekal dalam survival politik negara. Mungkin juga PAS adalah sebuah parti yang sememangnya mempunyai DNA dendam yang cukup kuat kerana tindak tanduk pemimpin PAS tidak mencerminkan bahawa Islamik adalah landasan utama perjuangan parti yang sudah berumur lebih dari 50 tahun ini.

Sejarah menunjukkan PAS lahir akibat kecewa kerana kalah di dalam pemilihan parti UMNO dan ketika itu kelompok yang menubuhkan PAS adalah dari biro agama UMNO. Sejak dari itu pemimpin PAS terdahulu telah mendoktrinkan pemimpin-pemimpin pelapis mereka kononnya UMNO adalah sebuah parti yang menipu.

Terlalu banyak alasan yang PAS bagi hanya untuk tidak bersama UMNO dan UMNO terus bergerak kehadapan tanpa peduli tohmahan dan fitnah PAS walaupun PAS menuduh UMNO adalah sebuah parti kafir. Untuk rekod, sehingga ke hari ini Hadi Awang, Presiden PAS Malaysia tidak pernah menarik balik amanat yang pernah beliau lemparkan kepada UMNO.

Setiap kali menghampiri pilihanraya umum maka PAS juga tidak dapat lari dari ‘ketegangan’ atau stress kerana terpaksa membuat pendirian dan juga mencipta manifesto. Dan manifesto PAS sejak berkawan rapat dengan DAP ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu amat memalukan PAS itu sendiri. Dari Negara Islam kepada perjuangan Negara Berkebajikan. Di situ para penganalisis politik berpendapat PAS begitu takut hilang sokongan DAP yang akan menjuruskan kepada hilangnya undi dan seterusnya hilanglah kerusi wakil rakyat atas nama PAS.

Kini setelah DAP dikatakan menaja calon-calon pro Mat Sabu pada pertandingan memilih pemimpin di muktamar PAS yang lalu dan mengakibatkan Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS keluar parti lalu menubuhkan PAN, PAS terus menerus mengeluarkan kenyataan tegas bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan PAN tetapi sanggup bersama PPBM dan PKR dalam blok ikatan pembangkang. Ini juga kita boleh lihat betapa kuatnya DNA dendam PAS dan tidak sedikit pun menunjukkan sikap pemaaf seperti ajaran Islam.

Mungkin juga PAS cuba bersembunyi di sebalik label Islamik. Sekadar alat untuk memancing undi betapa di Malaysia ini hanya PAS sahaja parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan. Betulkah? Atau yang sebenarnya PAS begitu bimbang tentang kedudukan kerusi milik wakil rakyat mereka. Mungkin PAS berfikir bagaimana kedudukan PAS sekiranya bersama dengan Barisan Nasional? Kekalkah kerusi milik mereka kalau bersama dengan BN?

Atau PAS menunggu tawaran rasmi dari Barisan Nasional?

Dari pendirian sanggup ‘berseorangan’ ketika PRU14 nanti kepada mula mengeluarkan kenyataan sanggup bekerjasama dengan parti milik Mahathir dan juga milik Anwar Ibrahim tetapi menolak Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP. Mungkin PAS sudah mula goyang kerana melihat Pakatan Harapan pimpinan DAP sedikit pun tidak berganjak daripada keputusan mereka, PAS sekadar melukut di tepi gantang.

Tetapi PAS terlepas satu perkara besar. Kalau PAS membuat keputusan sanggup untuk bersama PKR dan PPBM milik Mahathir maka PAS perlu bersedia untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seperti yang diputuskan oleh Lim Kit Siang dan Muhyiddin Yasin hanya sebagai Timbalan Perdana Menteri Sementara.

Bagaimana dengan imej Islamik yang PAS kendong selama ini. Elokkah seorang yang didapati bersalah meliwat bekas pekerjanya sendiri diangkat menjadi Perdana Menteri? Seorang penjenayah yang menyamai jenayah merogol. Adakah PAS tidak terfikir bagaimana perasaan mangsa yang diliwat oleh Anwar Ibrahim?

Adakah PAS juga ingin mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah mangsa konspirasi politik walaupun terbukti ‘benih’ Anwar Ibrahim di dalam lubang dubur mangsa liwatnya?

Memalukan juga, di mana maruah PAS kalau sehingga kini nama Presiden sendiri tidak tersenarai sebagai pemimpin utama gabungan pembangkang baharu – PAS, PKR dan PPBM. Di mana Hadi Awang?

Rakyat sedang menilai PAS yang dilihat seperti manusia yang celaru otaknya.


Post a Comment Blogger

 
Top