.... Palestin-Israel: Mufti Perlis Kesipuan Atau Kebebalan? | AAKJ



Mufti Perlis atau lebih dikenali sebagai Dr Maza di alam internet seperti biasa akan mencari ruang dan peluang untuk mengekalkan populariti di kalangan warga netizen terutamanya apabila melibatkan isu politik negara.

Kecenderungan beliau menghentam PM Najib memang ketara hinggakan warga politik negara tertanya kenapa beliau perlu berada bersama dalam kelompok pemerintahan pusat sekiranya beliau tidak pernah nampak kebaikan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh PM Najib?

Tindakan beliau tidak mencerminkan beliau sebagai seorang tokoh agama amalah hanya setaraf dengan 'pakar-pakar facebook' yang muncul mengambil kesempatan pada sesuatu isu demi keuntungan peribadi atau kelompok sokongan parti tertentu.

Paling teruk, Maza dinilai tidak begitu cerdik apabila memberi kenyataan selain dari 'jurusan agama' dan kekadang dalam bidang agama pun pandangan beliau dilihat seperti pandangan seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaan subjek pengetahuan am Islam. Celaru dan cuba nampakkan beliau berbeza dengan Agamawan lain yang lebih senior. Lihat sahaja isu cukai GST. Pemahaman Maza terlalu cetek.

Mufti sepatutnya jawatan tertinggi dalam 'pejabat agama' dan pengetahuannya tentang Islam sepatutnya digeruni. 

Terbaru, Maza nampak memuji tindakan Malaysia di dalam isu penempatan haram Israel di bumi Palestin tetapi mulutnya seolah terkunci untuk memuji PM Najib (yang tidak bekerja untuk dipuji). Malu yang teramat sangat mungkin.

Mungkin beliau malu atau benci sangat dengan PM Najib..atau mungkin terlalu bebal untuk nyatakan penghormatan kepada pemimpin No 1 negara.

Janganlah guna lesen bebas bersuara sehinggakan tohmahan dan fitnah dikategorikan sebagai satu kebebasan. Sejujurnya Aakj tidak pernah merasakan beliau layak berada di kerusi MUFTI. Dan tulisan ini bukannya nak paksa Maza puji PM pun. Sekadar kebebasan Aakj untuk suarakan pandangan dan bukannya tohmahan.

Berita tentang inisiatif Malaysia:

ATAS inisiatif Malaysia dan tiga negara, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membenarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil ketetapan menuntut menghentikan pembinaan petempatan Israel di tanah milik Palestin.

Ini berikutan, AS tidak menggunakan kuasa pembatalnya sekali gus memberi laluan bagi majlis yang dianggotai 15 negara itu meluluskan ketetapan tersebut, dengan 14 undi menyokong.

Keputusan itu dikatakan dibuat kerana kekecewaan rakyat AS terhadap tindakan rejim Israel membina penembatan sekali gus menafikan milik tanah Palestin.

Walhal, selama ini AS dilihat sentiasa melindungi pemerintah Zionis Israel termasuk menghulurkan bantuan ketenteraan.

Sementara itu, seorang pegawai rejim tersebut menyifatkan tindakan AS kali ini sebagai satu `pengabaian’ ke atas negara Yahudi terbabit.

“Presiden (Barack) Obama mungkin mengisytiharkan kesediaannya membatalkan resolusi itu secara segera, namun sebaliknya menyokong.

“Ini adalah satu pengabaian ke atas Israel yang memecahkan berdekad dasar AS melindungi Israel di PBB dan melemahkan prospek bekerjasama dengan pentadbiran berikutnya berhubung lanjutan isu damai,” kata pegawai terbabit.

Ketetapan itu diusulkan New Zealand, Malaysia, Venezuela dan Senegal selepas sehari Mesir menarik diri.

Mesir bertindak menarik diri kerana berhadapan tekanan dari Israel dan Donald Trump.

Dalam PBB, negara yang mempunyai kuasa pembatal adalah Amerika, Rusia, Perancis, Britain dan China.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top