.... Pakatan Harapan Akan Haramkan BR1M | AAKJ



Oleh Amin Yatim

Jika BR1M Rasuah, Air Percuma dan Subsidi Macamana?

1. Mahathir Mohamad jelas hilang rasional dan logik manusiawi apabila mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah.

2. Untuk rekod BR1M ialah satu mekanisme kerajaan dalam membantu rakyat berpendapatan rendah berhadapan dalam dengan kenaikan kos sara hidup akibat rasionalisasi subsidi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

3. Justeru ia bukan satu pengenalan polisi gula-gula rakyat seperti yang didakwa oleh Mahathir. Ia adalah polisi yang mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas. Mustahil sesuatu polisi yang dibuat berdasarkan kepentingan rakyat dianggao sebagai rasuah.

4. Mahathir perlu faham bahawa zaman sudah berubah. Kaedah-kaedah pentadbiran beliau yang bagus dan relevan pada zamannya belum tentu berkesan pada hari ini.

5. Jika BR1M adalah rasuah, maka skim air percuma 20 meter padu untuk setiap kediaman di Selangor adalah “bapa segala rasuah politik”. Jutawan dan orang miskin mendapat air percuma dari kerajaan negeri. Apakah tujuan pemberian air percuma ini jika bukan untuk rasuah pilihan raya.

6. Tidak seperti BR1M yang mempunyai motif membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup, pemberian air percuma ini langsung tiada asas pengurusan ekonomi dan sosial oleh kerajaan.

7. Malah jika BR1M dianggap rasuah apa pula boleh dianggap oleh Mahathir apabila pada zaman beliau telah memberi susbidi baja dan padi kepada pesawah secara tetap tanpa mengambil kira mereka kaya atau miskin? Tidak cukup itu, beg-beg baja subsidi di Kelantan dicop dengan logo Barisan Nasional.

8. Kita mengalu-alukan pandangan dan kritikan Tun Mahathir ke atas kerajaan. Namun kritikan harus berasaskan fakta, rasional dan belas ihsan rakyat bukan bagai merak kayangan yang memikirkan beliau sahaja betul dan orang lain salah.

9. Tidak salah Ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus walau ia berjalan serong. Masalah dengan Mahathir ialah beliau mahu anaknya yang telah berjalan betul, mengikut jalan salah beliau.-MYKMU.NET

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top