.... MOU Pakatan Harapan-PPBM: Nama Anwar Tidak Relevan Lagi Untuk Calon PM | AAKJ



Pakatan Harapan dan PPBM tidak mencapai apa-apa kata sepakat yang mampu untuk ‘mengejutkan’ Barisan Nasional dan juga terlalu jauh untuk menyaingi gabungan komponen parti yang membentuk Barisan Nasional.

Demi untuk tidak menghampakan ahli dan penyokong mereka, maka terpaksa juga pakatan harapan yang diketuai oleh DAP dan PPBM berlakon di hadapan media betapa pembangkang sudah bersedia untuk berlawan dengan Barisan Nasional secara satu lawan satu. Dan seperti yang dijangka. Nama Anwar bin Ibrahim tidak ada di dalam butiran perjanjian tersebut sebagai calon Perdana Menteri.

Ini menguatkan lagi desas desus terdapatnya perjanjian sulit diantara Lim Kit Siang dan Mahathir berhubung nama calon Perdana Menteri pembangkang sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya umum ke 14.

Menurut sumber rapat, Mahathir memberi syarat kepada Lim Kit Siang bahawa hanya nama Mukhriz sahaja yang layak untuk menjadi calon Perdana Menteri dan bukannya Anwar atau pun Muhyiddin Yasin.

Syarat Mahathir ini dibuat setelah Lim Kit Siang merayu supaya Mahathir datang ke Konvensyen DAP yang lalu setelah merasakan DAP mula terancam dengan pendedahan oleh PM Najib tentang agenda politik DAP menggunakan Melayu untuk ‘skru’ Melayu di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

Padahal semua orang tahu bahawa Lim Kit Siang awal-awal lagi menegaskan bahawa Mahathir tidak dijemput ke konvensyen DAP tersebut. Kehadiran Mahathir sekurangnya boleh meredakan kemarahan Melayu terhadap DAP.

Walaupun begitu, Kit Siang lupa, akibat kehadiran Mahathir, ada ahli DAP pula yang keluar parti. Malah anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo turut mengingatkan ahli DAP apa yang Mahathir lakukan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Kalau diperhatikan isi kandungan perjanjian “MOU” tersebut, ianya tidak sedikit pun dapat mengatasi ikatan perjanjian antara parti komponen yang berada di dalam Barisan Nasional selama ini. Bahkan apa yang terkandung di dalam perjanjian pakatan harapan pimpinan DAP dan PPBM tersebut sekadar meniru apa yang terkandung di dalam persefahaman antara parti komponen Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia melihat sandiwara pakatan harapan pimpinan DAP dan parti milik Mahathir anak beranak ini sekadar untuk menarik perhatian masyarakat sahaja dan tidak lebih dari itu. PKR, PAN dan PPBM hanya sekadar boneka mainan Kit Siang dan Mahathir. Perjanjian persefahaman yang sebenar adalah antara Kit Siang dan Mahathir yang telah pun dibuat sebelum apa yang mereka cuba tunjukkan kepada media semalam.

Malah butiran yang terkandung di dalam ‘MOU’ pakatan harapan pimpinan DAP adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang bakal diisi oleh Lim Kit Siang. Kenapa bukannya Lim Guan Eng? Mudah sahaja, Lim Kit Siang menjangkakan anaknya Guan Eng bakal merengkok ke dalam penjara ekoran kes skandal rasuah pembelian banglo. Dan inilah masanya Kit Siang ‘mencuba’ nasib kerjasama dengan Mahathir dan beliau beranggapan tidak salah untuk meminta jawatan No-2 tersebut. Tambah sumber rapat lagi.

Akhirnya lakonan sandiwara MOU antara pakatan harapan pimpinan DAP dan PPBM itu jelas menunjukkan bahawa Anwar bin Ibrahim tidak lagi relevan dengan politik Malaysia. Apatah lagi hari ini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya. Dan akhirnya Mahkamah membuktikan kebenaran berpihak kepada Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar.

Anda boleh baca sendiri kandungan “MOU” pakatan harapan pimpinan DAP dan PPBM seperti di bawah ini:- 


Ditandatangani pada hari ini 13 Disember 2016 Masehi bersamaan 13 Rabi’ul Awwal 1438 Hijrah di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

PERJANJIAN

BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara-perkara berikut:

1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:

i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan; dan

iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

2. Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan dan tatakelola yang baik.

3. Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan – PPBM di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).

4. Berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili pembangkang bagi melawan Barisan Nasional.

5. Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya Umum ke 14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya.

6. Menggunakan manifesto bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.

7. Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, menggunakan logo bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.

8. Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto bersama dan merangka gerakerja pilihanraya secara bersama.

9. Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top