.... Maria Chin Mendokong Perjuangan DAP | AAKJ




Kehadiran Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah ke Konvensyen DAP semalam menyerlahkan lagi sokongan badan bebas tersebut kepada perjuangan parti politik parti pimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat ‘tiada yang menghairankan’ disebalik kehadiran Maria itu.

“Tidak hairan, walaupun pada BERSIH 5 juga dihadiri oleh penyokong pembangkang. Jika Maria Chin hadir ke Konvensyen DAP sebagai mendokong perjuangan parti dan pembangkang.

“Sebab kita tahu DAP menyokong kuat agenda BERSIH. Maka kita tahu Maria Chin menyokong perjuangan parti pembangkang,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Kehadiran Maria yang mengetuai BERSIH itu ternyata mengundang persoalan ekoran sebelum ini badan bukan kerajaan (NGO) itu seringkali menafikan bahawa mereka terlibat dalam agenda politik pembangkang.

Agenda BERSIH juga dilihat tersasar daripada landasan asal apabila baru-baru ini mereka menganjurkan himpunan BERSIH 5 bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Sebelum ini NGO itu kerap menuntut reformasi sistem pilihan raya bersih dan adil sebagai agenda utama.

Selain Maria, turut hadir ke konvensyen itu adalah Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu tidak dijemput ke konvensyen DAP memandangkan partinya bukan sebahagian komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Namun, dikatakan Mahathir mendapat ‘jemputan khas’ disaat-saat akhir.

Azizuddin, ketika mengulas lanjut kehadiran Maria juga berkata, tindakan itu boleh merujuk kepada sokongan pemimpin NGO itu terhadap parti-parti pembangkang yang lain.

“BERSIH tidak mendapat sokongan yang banyak dari akar umbi. Cuma pendokong kepada agenda BERSIH terdiri daripada parti-parti politik pembangkang, sepertimana kita lihat dalam himpunannya dari satu hingga lima,” katanya lagi – AP

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top