.... Mahathir Peralatkan UMNO, DAP Demi Anak Jadi PM - Azwan Bro | AAKJ



Senator Khairul Azwan Harun mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik-baik dengan DAP selepas gagal menggunakan Umno sebagai landasan menaikkan anaknya menjadi perdana menteri.

Naib ketua Pemuda Umno itu juga menjangkakan kerjasama dengan DAP akan berlaku masalah pada masa depan apabila parti terbabit tidak akan bertahan lama kerana ia hanya berasaskan kepentingan politik saja.

"Setelah Datuk Seri Najib Razak enggan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir, khususnya setelah Datuk Seri Mukhriz ditolak oleh akar umbi dalam pemilihan lepas, Tun Dr Mahathir telah merencana untuk menumbangkan Datuk Seri Najib melalui rampasan kuasa politik namun tindakan ini dapat dibaca dan digagalkan.

"Kepimpinan dan akar umbi Umno yang bersepakat untuk meletakkan kepentingan parti dan rakyat telah menolak agenda politik Tun Dr Mahathir ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dakwaan Dr Mahathir cuba menaikkan anak lelakinya menjadi perdana menteri bukan sesuatu yang baru dinyatakan sebagai punca beliau menjadi pengkritik lantang Najib.

Mei lalu Mukhriz menyaman Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad selepas setiausaha akhbar Najib itu didakwa menuduhnya berpakat bersama Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan.

Mukhriz mendakwa Tengku Sariffuddin mencadangkan seolah-olah beliau akan diberikan jawatan perdana menteri selepas Muhyiddin berundur dari jawatan yang diambil daripada Najib.

Khairul Azwan berkata selepas gagal menjadikan Mukhriz perdana menteri dengan memperalatkan Umno, Dr Mahathir "sanggup berbuat apa sahaja termasuk bersekutu dengan DAP".

"Datuk Seri Najib yang enggan menjadi tebusan politik Tun Dr Mahathir kini dihentam teruk kerana mendahulukan kepentingan rakyat dan parti," katanya.


sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top