.... Lim Kit Siang Buat Keputusan Wan Azizah Sebagai Perdana Menteri | AAKJ



KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim andai Pakatan Harapan pimpinan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu dibuat dalam satu majlis khas di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau juga menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang sesuai untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri interim sejajar dengan kerjasama yang telah diwujudkan antara Pakatan Harapan pimpinan DAP dan PPBM.

“Seperti yang Mat Sabu sebut sebentar tadi, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah calon yang paling sesuai untuk jawatan Perdana Menteri interim,” katanya seperti dilapor Malaymail Online. – Agensi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top