.... Krisis Air Selangor: Video Budak Suruhan Mak Lampir Di Mandikan Air Longkang | AAKJ




TINDAKAN seorang perunding pembinaan yang menggunakan gelaran ‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebook membawa satu botol air ke rumah Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Ampang pagi ini membawa padah apabila ‘dimandikan’ air longkang dan telur busuk.

Syarul Ema Rena Abu Samah dan beberapa ahli NGO dari Pertubuhan Sinar Ehsan dan Kelab LLL Malaysia berkumpul di rumah Jamal yang kononnya untuk memberi bantuan air.

Media tempatan melaporkan, Syarul Ema diserang penyokong Jamal yang mencampakkan baldi air bewarna merah ke arahnya dan bermula pergelutan dengan membaling telur ke arah mereka.

Syarul Ema dilaporkan menghantar ‘bantuan’ air tersebut susulan protes Jamal di hadapan bangunan SUK Selangor untuk membenarkannya mandi di pejabat Menteri Besar Selangor kerana dikatakan tidak mandi selama empat hari.

Sementara itu, Jamal berkata, tindakan wanita yang sering mencetuskan kontroversi itu seperti menghinanya dengan membawa satu botol air untuk memandikannya.

Menurutnya, jiran yang melihat situasi dan kekecohan pagi itu bertindak membaling air longkang dan najis ke arah Ratu Naga dan kumpulannya.

“Saya sudah minta dia balik tetapi enggan dan sebab itu dia dimandikan air longkang dan najis,” katanya.

Jelasnya, isu air adalah perkara serisu dan ia tidak boleh dipolitikkan serta dipermainkan. – MYNEWSHUB





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top