.... Kes Melayu Jual Melayu | AAKJ



Pada 3 Disember 2016, Mahathir dan Kit Siang menandatangani perjanjian yang Boboi akan menjadi PM dengan Kit Siang sebagai timbalannya. Itulah sebabnya Mahathir tidak lagi mahu bercakap mengenai perkara itu kerana orang Melayu sudah marah. Sementara itu, Rafizi telah membuat perancangan bodoh bagaimana supaya Anwar boleh jadi PM. Mahathir sebenarnya telah “membunuh” Anwar tetapi Rafizi terlalu bodoh untuk menyedari bahawa Anwar telah habis.Ianya tidak menjadi satu masalah samada Wan Azizah atau Boboi yang menjadi PM sebab Kit Siang tetap akan menjadi TPM dalam apa juga keadaan. Dan kemudian, dalam pemilihan parti PKR, Azmin sudah merancang untuk merebut jawatan presiden dengan mengambil alih daripada Wan Azizah.
(Malaysiakini, 22 Disember 2016) – Dr Mahathir Mohamad menasihatkan pembangkang terhadap menamakan pilihan mereka untuk Perdana Menteri sekarang. “Jika kita menamakan PM akan ada orang lain yang akan kecewa dan akan ada pertengkaran di antara kita. Pada masa ini kita tidak boleh menamakan PM, “kata Mahathir ketika ditemui di pejabat Malaysiakini malam ini.

(Malay Mail Online, 23 Disember 2016) – Apabila ditanya bila akan menjadi masa yang terbaik untuk pihak pembangkang untuk memperkenalkan calon, beliau berkata: “Dekat pilihan raya mungkin. Ia hendaklah dengan sokongan popular daripada semua pihak, bukan hanya oleh satu pihak, “katanya.


Sebelum itu, Lim Kit Siang berkata, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yassin akan dijadikan Perdana Menteri interim atau sementara dan Timbalan Perdana Menteri masing-masing jika pembangkang pimpinan DAP menang pilihan raya umum akan datang. Kit Siang juga berkata Pakatan Harapan pimpinan DAP pada awalnya mengesahkan bahawa kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak berubah walaupun Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonannya bagi semakan kehakiman tentang sabitan liwatnya dan hukuman penjara lima tahun.

Rafizi Ramli, sebaliknya, menjelaskan bagaimana Anwar akan jadi Perdana Menteri walaupun tidak layak sekarang (BACA LAGI DI SINI). Sebenarnya, pada 3 Disember 2016, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang telah menandatangani perjanjian dengan Boboi menjadi Perdana Menteri dan Kit Siang sebagai Timbalannya.



BACA LAGI DI SINI:

Kit Siang told to shut up

How Mukhriz is going to become PM

Kit Siang prefers Boboi to Anwar as PM

Kit Siang’s damage control that created more damage

Itulah sebabnya Mahathir sekarang berkata tidak ada perbincangan pada peringkat ini mengenai siapa yang akan menjadi PM dan TPM atau pun pembangkang akan mula bertengkar sesama sendiri. Malah, sekiranya anda tidak perasan, mereka sudah pun bertengkar.

Isu siapa yang harus memegang jawatan ini atau jawatan itu sentiasa menjadi duri di pihak pembangkang. Malah isu berapa banyak kerusi bagi setiap parti dan di manakah kerusi tersebut bukan suatu perkara yang mudah. Sehingga ke hari ini isu tersebut tidak dapat diselesaikan.

Terdapat hanya 222 kerusi parlimen tetapi jika kita jumlahkan permintaan setiap pihak kita perlu 350 kerusi. Dan separuh dari kerusi-kerusi tersebut akan menjadi empat penjuru atau lebih pertandingan dengan yang lain sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru. Sebab itu malam tadi Mahathir memberi amaran kepada pembangkang bahawa beliau memenangi lima pilihan raya umum kerana pembangkang tidak bersatu. Mahathir bimbang bahawa perkara yang sama akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang: yang pembangkang masih lagi akan berpecah.

Untuk menenangkan PKR dan PAN, Kit Siang mencadangkan Wan Azizah sebagai PM interim atau sementara sehingga Anwar boleh mengambil alih daripada isterinya – selepas dia mendapat keampunan, dibebaskan dari penjara, bertanding pilihan raya kecil, menang pilihan raya kecil itu, dan mendapat persetujuan diraja untuk mengambil alih sebagai PM. Kemudian, untuk menenangkan Mahathir, Kit Siang mencadangkan Muhyiddin sebagai TPM.

Kit Siang ingat dia sangat bijak dengan mencadangkan sesuatu yang pastinya tidak akan berlaku. Dengan mengambil jalan yang sangat selamat ini dia merasakan dia akandapat mengambil hati kedua rakan kongsinya pada masa yang sama. Dan ia adalah selamat kerana dia tahu Anwar tidak boleh mendapatkan pengampunan, yang bermakna dia tidak layak untuk menjadi PM sehingga beliau melepasi harijadinya yang ke 80 atau lebih daripada sepuluh tahun dari sekarang. Pendek kata, Anwar tidak akan pernah dapat menjadi PM.

Kit Siang juga tahu bahawa pelan Rafizi mengenai bagaimana untuk menjadikan Anwar PM adalah bodoh dan tidak akan berfungsi. Pelan Rafizi adalah sebodoh ‘Langkah Kajang’, yang membuktikan ianya satu bencana yang paling epik. Rafizi kini terkenal di dunia dengan perancangannya yang begitu bodoh dan apa sahaja rancangan yang beliau cadangkan anda boleh menjangkakan ianya akan gagal dari mula keluar mulutnya malah sebelum ianya dilaksanakan lagi.

Walau bagaimanapun, apa juga yang berlaku Kit Siang akan menang. Tidak kira siapa yang menjadi PM. Kit Siang masih lagi TPM. Dan dengan skandal seks Muhyiddin akan menjadi lebih buruk apabila jabatan agama mengambil tindakan, Muhyiddin akan gagal sebelum perlumbaan bermula. Sama ada Boboi atau Wanita Kipas menjadi PM, Kit Siang akan jadi TPM dan bukannya Muhyiddin yang begitu hina. Dan sebagai orang nombor dua ditambah dengan jawatan Menteri Kewangan, secara efektifnya beliau dan bukannya PM yang mentadbir negara.

Dr Mahathir not invited to DAP national conference

Dr M makes surprise appearance at DAP convention



Dalam keadaan terdesak, Kit Siang merayu agar Mahathir menghadiri konvensyen DAP pada hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa pilihan raya umum akan datang akan menjadi pakatan yang diterajui Umno berhadapan dengan pakatan yang dipimpin DAP. Pendek kata ia akan menjadi kumpulan yang diterajui Melayu melawan kumpulan yang dipimpin oleh Cina.

Untuk membuang stigma bahawa pembangkang adalah pimpinan DAP atau dipimpin oleh Cina, Kit Siang memerlukan kehadiran Mahathir pada konvensyen DAP. Tetapi sebelum itu mereka telah mengumumkan bahawa DAP tidak menjemput Mahathir. Mengetahui bagaimana terdesaknya Kit Siang, Mahathir mengambil kesempatan dan meminta Kit Siang bersetuju dengan Boboi sebagai PM.

Kit Siang melihat perkara ini bakal berlaku dan beliau telah bersedia. Apabila Mahathir meminta Kit Siang untuk menyokong Boboi sebagai PM, Kit Siangada terma cadangannya sendiri dan meminta Mahathir bersetuju beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Mahathir tidak pedulikan itu semua. Beliau hanya mahukan Boboi sebagai PM dan beliau sedar bahawa sekiranya Kit Siang tidak bersetuju maka ia tidak akan berlaku. Jadi Mahathir bersetuju kepada cadangan balas Kit Siang.

Tetapi orang Melayu dalam PKR dan PAN akan mendapati ini sangat sukar untuk diterima. Dan orang Melayu Umno serta pengundi atas pagar juga akan menolak pelan ini. Tetapi Pribumi memerlukan undi Melayu. Jadi Mahathir mahu pembangkang untuk tidak bercakap mengenai siapa yang akan menjadi PM dan TPM sehingga selepas pilihan raya umum dan apabila, Mahathir berharap, pembangkang pimpinan DAP akan menang.

Ini adalah isu yang bahaya dab berbincang di khalayak bakal menyebabkan pakatan pimpinan DAP akan kalah pada pilihanraya umum ditambah Pribumi bakal kalah teruk. Jadi perintah larangan telah dikeluarkan untuk tidak lagi bercakap tentang siapa yang akan menjadi PM dan TPM sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Pada dasarnya ini adalah kes Melayu tipu Melayu. Sedang Mahathir tipu Melayu mengenai kontraknya ditandatangani dan dimeterai dengan Kit Siang, Rafizi menipu Melayu dengan strategi tentang bagaimana Anwar akan menjadi PM dalam masa tiga bulan selepas pembangkang menang pilihan raya umum akan datang. pelan Rafizi mengenai bagaimana untuk menjadikan Anwar PM adalah sebodoh Langkah Kajang dan kedua-dua Kit Siang dan Mahathir tahu ini. Jadi mereka membenarkan Rafizi untuk bercakap, walaupun betapa bodohnya rancangan berkenaan, selagi ia boleh menenangkan PKR dan PAN.



Perasan tak, PKR dan PAN hanya bercakap mengenai Anwar sebagai PM. Mereka tidak pernah membincangkan jawatan TPM. Hanya Kit Siang bercakap tentang TPM kerana dia mahu menyembunyikan hakikat bahawa dia akan menjadi TPM. Dan Kit Siang menyebut Muhyiddin sebagai TPM menyedari hakikat bahawa perkara ini tidak akan berlaku.

Pengundi Malaysia benar-benar ditipu. Sementara itu, kempen sedang dijalankan di kalangan orang Cina bahawa jika mereka mengundi pembangkang maka buat pertama kali dalam sejarah, mereka akan mendapat TPM Cina dan, juga seorang Menteri Kewangan Cina. Ini telah memberikan lebih banyak sebab agar orang Cina mengundi pembangkang dan DAP berharap ini akan diterjemahkan kepada 45 kerusi untuk mereka, yang akan menjadikan DAP parti terbesar dalam pakatan pembangkang.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali juga perlu memastikan Wan Azizah (atau Anwar) tidak menjadi PM, walaupun untuk sementara saja. Jika Boboi menjadi PM maka Azmin boleh membuat langkah seterusnya menggulingkan Wan Azizah dan mengambil alih sebagai Presiden PKR yang baru. Ini juga “game-plan” Mahathir.

Ia adalah saat yang genting, oleh itu, Mahathir membunuh Anwar. Bukan sahaja masa depan Mukhriz bergantung kepadanya tetapi begitu juga masa depan Azmin. Hanya ada satu harimau di atas gunung dan jika Anwar mengawal gunung maka Boboi dan Azmin tidak akan kemana-mana melainkan hancur sama sekali.

Wan Azizah sepatutnya memanaskan kerusi PM untuk Anwar kerana menurut Rafizi, mereka memerlukan kira-kira tiga bulan untuk membolehkan Anwar keluar dari penjara dan membuat dia jadi PM selepas pembangkang menang pilihan raya umum. Jadi Wan Azizah bukan sahaja akan menjadi seorang Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Malaysia tetapi PM yang paling singkat juga, ditambah PM pertama yang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada suami / isteri untuk mengambil alih.

Najib boleh melihat keadaan huru-hara dalam pembangkang, bukan sahaja dari segi siapa yang patut menjadi PM / TPM tetapi berapa banyak kerusi setiap pertandingan parti dan di manakah kerusi-kerusi tersebut diperuntukan. Dan semakin lama Najib mengambil masa untuk mengadakan pilihan raya ia akan menjadi lebih buruk perkelahian akan terjadi. Itulah sebabnya Najib tidak tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya. Najib tenang dan menikmati keadaan itu. Dan apabila pembangkang telah mencederakan diri sendiri dan tidak boleh diubati, Najib akan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum akan datang.

Malaysia Today

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top