Kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.38 bilion untuk membayar subsidi bagi menstabilkan harga minyak masak untuk keperluan orang ramai, sejak 2013 sehingga April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata langkah kerajaan memutuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih pengurusan subsidi minyak masak daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah tepat kerana minyak masak adalah barang kepenggunaan di bawah bidang kuasa KPDNKK.

PAC hari ini mengadakan prosiding terhadap Pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 di Dewan Rakyat pada 21 Nov lepas.

Prosiding itu dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk M. Nagarajan, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Dr Ahmad Kushairi Din dan wakil KPDNKK, Muez Abd Aziz.

"Hasil daripada prosiding tersebut, perkara yang penting ialah soal penguatkuasaan oleh KPDNKK, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi-agensi lain bagi melaksanakan penguatkuasaan supaya ketirisan tidak berlaku yang boleh menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan jumlah subsidi yang besar," kata Hasan dalam kenyataan, hari ini.


Post a Comment Blogger

 
Top