Sejarah perlu menghakim bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menjadi penyebab kepada kejatuhan negara yang berpanjangan yang telah memuncak dalam krisis terbaru ini, tulis professor madya sains politik University of Chicago, Dan Slater.

Dalam satu terbitan dalam EastAsiaForum hari ini, Slater menulis bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak benar mengenai satu perkara. "Keadaan huru-hara semasa dalam politik Malaysia adalah angkara musuh terbesar beliau, Dr Mahathir, yang memimpin negara Asia Tenggara itu dengan pemerintahan kuku besi sepanjang 1981-2003."

Slater menulis bahawa Mahathir tidak menyebabkan keadaan huru-hara ini dengan mengkritik kepimpinan (Najib), tetapi dengan membuka laluan untuk Najib mendapat kuasa dengan cara yang beliau lakukan sepanjang beliau memegang jawatan.

"Dr Mahathir mungkin percaya bahawa beliau boleh menamatkan krisis dengan menjatuhkan Najib... Tetapi jalan ke arah kehancuran ini bermula dengan Dr Mahathir, bukan Najib."

Dalam menggariskan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada krisis semasa, Slater menulis: "Dr Mahathir berada dalam keadaan yang mudah apabila beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.

"Kemudian barulah berlakunya hutang. Taksub dengan mengikut jejak langkah pemimpin teknologi di Asia, Mahathir mula meminjam dengan banyak untuk membiayai program perindustrian-pesat pimpinan-negeri, 'Pandang ke Timur' beliau.

"Penswastaan adalah sebahagian daripada pakej pertumbuhan beliau, tetapi penerima manfaat adalah ahli perniagaan yang lebih kepada kesetiaan dan bukannya kepada bakat.

"Apabila ekonomi global mengalami kelembapan pada pertengahan 1980-an, sokongan daripada penaung mula kering. Umno berpecah, sebahagian besarnya sebagai reaksi kepada gaya pemerintahan secara paksaan Dr Mahathir.

"Dua musuh Dr Mahathir yang paling berbakat, Tengku Razaleigh (Hamzah) dan Tun Musa Hitam, keluar dari Umno, walaupun hubungan peribadi mereka dengan parti yang kuat, sebahagian besarnya adalah untuk lari dari Dr Mahathir sendiri.

"Dr Mahathir bertindak balas dengan melancarkan operasi polis dengan alasan ketegangan kaum, memenjarakan dan menakutkan musuh politik, dan mengukuhkan kawalan autokratiknya.

"Oleh itu pada akhir 1980-an, kesemua ciri-ciri yang menentukan krisis semasa Malaysia di bawah kepimpinan Najib sudah pun jelas di bawah pimpinan Dr Mahathir.

"Ketegangan etnik telah dibuka semula kepada manipulasi politik. Keadaan ekonomi yang banyak berhutang adalah sangat membimbangkan.Umno telah kehilangan beberapa pemimpin paling berkemampuannya. Ini adalah permulaan kepada kejatuhan Malaysia yang menyedihkan, di bawah pengawasan Dr Mahathir dan disebabkan tangannya sendiri. "

Benih ini bercambah ke arah krisis semasa disebabkan oleh apa yang Dr Mahathir lakukan seterusnya, menurut Slater.

"Maju ke hadapan satu dekad dan semua sindrom ini akan berulang dalam bentuk yang lebih teruk. Krisis kewangan Asia 1997-1998 telah menghukum Malaysia kerana hutang dolar yang tidak mapannya yang telah terkumpul di bawah desakan Dr Mahathir yang berfikiran sehala ke arah pertumbuhan pesat.

"Dr Mahathir menyalahkan semua orang selain daripadanya untuk kejatuhan itu. Dr Mahathir tidak menarik Malaysia keluar daripada krisis dengan pembaharuan ekonomi atau pelarasan, tetapi dengan lebih banyak pinjaman dan perbelanjaan.

"Oleh itu malah sebelum masuk milenium baru pun, Malaysia telah pun menjunam ke dalam penurunan yang kita saksikan dalam krisis semasa."

Slater juga menyatakan bahawa Najib telah mengambil halaman daripada playbook Dr Mahathir, apabila Dr Mahathir dikritik secara terbuka oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dengan mengikut gaya Dr Mahathir, Najib kini telah memecat timbalannya Tan Sri Muyhiddin Yassin kerana mempersoalkan tindakan Najib menyekat media sebagai respon kepada skandal 1MDB.

"Kesimpulannya, Dr Mahathir tidak boleh menyalahkan orang lain selain daripada dirinya sendiri."

Link asal artikel:


Post a Comment Blogger

 
Top