.... Kalau Tidak Mampu, Jabatan Penjara Tidak Perlu Benarkan Anwar Ke Mahkamah | AAKJ



RAMAI pihak mempertikaikan kekerapan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kenyataan media setiap kali beliau berada di mahkamah sepanjang tempoh hukuman penjara beliau berkuatkuasa.

Anwar dilihat mengunakan berbagai-bagai alasan untuk membolehkan beliau hadir di mahkamah. Dengan itu beliau dapat membuat penampilan di khalayak ramai. Malah ramai pihak berpendapat, Anwar seolah-olah merancang agar dapat memberi kenyataan pada pihak media bagi memastikan beliau terus relevan dalam arena politik tanahair.

Mustahil kesemua perkara tersebut dapat dirancang tanpa pembabitan secara langsung dan tidak langsung dari pihak Jabatan Penjara.

Semalam Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah membenarkan penjenayah liwat Anwar Ibrahim mengeluarkan sebarang kenyataan media di mahkamah.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon berkata penelitian terhadap klip video mendapati sidang akhbar berlaku ketika Anwar diiringi keluar sebaik selesai perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelmarin.

Katanya setiap kali Anwar diiringi ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan, kerap kali proses pengiringan tersekat oleh pihak media dan orang ramai yang memungkinkan berlaku interaksi lisan di luar kawalan Jabatan Penjara.

Perkara tersebut berlaku dengan terlalu amat kerap. Oleh itu, pihak Jabatan Penjara perlu menjalankan siasatan terhadap pegawai mereka yang mengiringi penjenayah liwat Anwar Ibrahim. Adakah mereka telah menerima “habuan lebat” dari penjenayah liwat tersebut?

Perkara ini dipersoalkan oleh ramai pihak memandangkan Anwar tetap berjaya memberi kenyataan media walaupun diiringi ramai pegawai Jabatan Penjara yang dilihat tidak bersungguh-sungguh menghalang penjenayah liwat tersebut dari berbuat demikian.

Jika Jabatan Penjara mengakui bahawa mereka tidak MAMPU menghalang Anwar daripada memberi kenyataan media ketika di mahkamah maka Anwar sepatutnya tidak dibenarkan membuat sebarang penampilan tersebut. Segala pengurusan kes dan sebagainya perlu diserahkan kepada para peguam yang telah beliau lantik.

Memang mudah untuk Jabatan Penjara memberikan alasan untuk melepaskan diri namun rakyat juga bukan sebodoh yang mereka sangkakan. Kami mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) menjalankan siasatan terperinci berkenaan perkara ini.


Sumber PRU14.tv

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top