PADAH menulis perkataan BABI pada surat saman, seorang wanita berusia 53 tahun didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Media tempatan melaporkan, Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Tan Yeoh Foong mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Mengikut kertas pertuduhan, Tan dari Permas Jaya, Masai didakwa menggunakan perkataan BABI ditulis pada kertas saman yang diserahkan kepadanya bertujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir dan tertuduh diwakili Chuah Shyue Chien.



Dalam kejadian 8.50 malam Selasa lalu, ibu tunggal tersebut yang memandu kereta jenis Mercedes Benz ditahan anggota polis trafik kerana menghalang lalu lintas di Jalan Tun Razak, Johor Bahru .

Susulan kesalahan itu, dia disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan meletakkan kenderaan di garisan berkembar.

Namun, wanita tersebut bertindak biadap, menandatangani surat saman dengan perkataan Babi selain menengking anggota polis trafik tersebut.

Suspek juga menconteng kertas saman tersebut dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, angota trafik tersebut menegur perbuatan suspek namun ditengking dengan nada yang tinggi dan menyatakan namanya BABI.

“Wanita tersebut ditahan anggota trafik dengan bantuan unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan,” katanya dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB.


Dikesempatan ini Aakj ingin memohon maaf kerana ralat melaporkan bahawa kejadian tersebut berlaku di KL (oleh polis trafik KL)

Baca di SINI.


Post a Comment Blogger

 
Top