Hari ini Mahathir menerima pelbagai kecaman dari rakyat Malaysia khususnya pemerhati politik tanahair dan juga kumpulan pengundi atas pagar. Kehadiran Mahathir di persidangan DAP 2016 menunjukkan beliau sedang menggunakan peluru terakhirnya atau pun beliau dengan megah ingin menunjukkan kepada Cina bahawa siapa yang beliau jaga selama ini.

Dalam ucapan, beliau terpaksa mengakui betapa Cina DAP lebih ‘Malaysia’ daripada Cina MCA. Mahathir puji lagu DAP nyanyikan dalam bahasa Malaysia dan ahli DAP terdiri dari pelbagai kaum di dalamnya.

Keletah Mahathir hari ini seperti ingin sampaikan kepada proksinya bahawa jangan takut dan menjauhkan diri darinya. Siapa proksi Mahathir? 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri dan kalau anda boleh lihat syarikat yang ditunjangi oleh Cina manakah yang sentiasa ‘berkepit’ dengan Mahathir dan sentiasa mendapat projek-projek besar dari Mahathir? Bukan satu dua syarikat yang pemiliknya adalah Cina yang dipayung oleh Mahathir dan tidaklah terlalu banyak juga jumlah syarikat tersebut.

Anda mampu bayangkan. Langkah Mahathir bukan lagi sukar untuk diramalkan. Pergerakan tangan kanan dan kirinya juga cukup mudah untuk dibaca. Ketika Mahathir menggunakan ‘UMNO’ sebagai senjata untuk jatuhkan Najib, agak sukar untuk melihat apa yang tersirat.

Apabila gagal strategi menggunakan ahli UMNO untuk gulingkan Najib, maka Mahathir mengunakan parti pembangkang pula untuk hancurkan UMNO dan BN. Ianya begitu mudah untuk disimpulkan tentang hasrat Mahathir yang sebenarnya.

Mahathir cuba kaburkan tetapi gagal. DAP parti berbilang kaum namun bilangan kaum lain yang ingin berada di peringkat kepimpinan tertinggi ditentukan oleh Cina chauvinist. Belum ada di dalam sejarah DAP, kaum Melayu boleh menjadi pemimpin No1 DAP malah anak kepada pejuang tegar DAP, mendiang Karpal Singh juga tidak pernah menikmati kerusi tersebut yang jelas dikuasai oleh keturunan Lim Kit Siang.

Mahathir cuba hina Cina MCA kononnya di dalam MCA hanya ada Cina sahaja. Mahathir lupa dan sememangnya dia di tahap nyanyuk paling kritikal. MCA adalah sebuah parti yang mewakili bangsa Cina Malaysia dan bernaung di bawah Barisan Nasional. Seperti juga MIC merupakan parti yang hanya untuk menjaga kepentingan bangsa India di Malaysia.

Apa yang Mahathir ingin sampaikan hari ini adalah, beliau sekarang secara terang-terangan bersama dengan parti DAP yang memimpin Pakatan Harapan. Beliau mahu proksi yang sudah meninggalkannya agar kembali menyertai gerakannya menghancurkan Barisan Nasional.

Proksi yang terkenal bermain politik dua kolam. Kolam Barisan Nasional dan kolam pakatan harapan yang sebelum ini proksinya dikatakan menaja DAP di dalam kolam pakatan rakyat.

Sekali lagi, proksi Mahathir dipanggil untuk menyertai dan yakin dengan DAP yang memimpin gabungan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan. Itulah sebabnya Mahathir sedikit pun tidak menyesal berdiri bersama DAP. Demi memastikan proksinya gembira.

Sumber: Mykmu

Aakj: Mungkin juga Mahathir dipaksa oleh proksi untuk hadir dan sokong apa saja yang DAP lakukan, kalau tidak maka 'USD100B' seperyti yang didakwa oleh portal Malaysia Today itu ghaib?


Post a Comment Blogger

 
Top