.... Faisal Dedah Ezam Curi Duit Rakyat Isi Minyak Kereta? | AAKJ



Mengenali Faisal yang hampir setiap hari menghentak Ezam Mohd Nor berhubung rasuah, ugut dan kaki pow. Nampaknya status terbaharu Faisal walaupun tanpa menulis nama seseorang seolah ianya dituju kepada Ezam.

Kalau benarlah ini perangai Ezam Mohd Nor maka penyokong parti parti Mahathir perlu menilai sendiri bagaimana rupa sebenar Ezam. Bayangkan, orang lain yang berpenat lelah mendaftar parti, berhujan panas mencari ahli, datang Ezam terus dapat jawatan khas dari Muhyiddin. Apa istimewanya Ezam?

Adakah Ezam menjual cerita kehebatan dirinya sehinggakan beliau dilantik menjadi Senator dan Pengarah Komunikasi Strategik di MOF maka pihak parti Mahathir teruja dan terus menawarkan beliau jawatan penting dalam parti? Mereka mungkin lupa kenapa UMNO BN tidak lagi menawarkan apa-apa jawatan setelah beliau habis kontrak khidmatnya di MOF, perlukah diberi penjelasan yang akan mengaibkan Ezam?

Mungkin saudara Faisal masih mempunyai perasaan kasihan melihat Ezam yang aibnya semakin terselak sendiri maka beliau tidak meletakkan siapakah invidu yang beliua maksudkan itu.

Hinanya manusia yang bercakap isu integriti tapi bercerita dan menuduh orang lain rasuah, lebih memalukan apabila mampu pakai kerata mewah tetapi mencuri wang rakyat untuk mengisi minyak petrol kereta. Manusia jenis apakah ini?

Kalau benar Ezam yang melakukan perkara ini, pihak MOF tidak boleh berdiam diri. Mana mungkin minta dia bayar balik sedangkan ianya terang-terang mencuri. Adakah undang-undang meminta pencuri pulangkan balik duit yang mereka gunakan? Pernahkah anda baca kes ibu mencuri susu bayi pun dikenakan penjara?


Kalau Ezam keluar dari parti Mahathir maka ianya sesuatu yang tidak mengejutkan. Hatinya kecik untuk melabelkan diri sebagai pejuang. Dan Faisal tidak perlukan satu kotak pun untuk telanjangkan Ezam yang menggelarkan Faisal sebagai lalat!

Kalau benda kecil pun nak mencuri, bayangkan kalau mereka ini berkuasa.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top