.... Ezam Mohd Nor Kaki Ugut, Pengamal Rasuah & 'Kaki Pow' - Faisal | AAKJ



Tidak perlu menunggu lama bagi seorang netizen yang memegang akaun facebook dengan nama Mohd Faisal untuk menjawab dan menempelak Ezam Mohd Nor bekas pengarah strategik di Kementerian Kewangan dan juga bekas Senator dari kerusi Barisan Nasional berhubung isu "BR1M adalah Rasuah" yang asalnya dari 'fatwa' Mahathir.

Ezam baru sahaja mengeluarkan kenyataan sokongan kepada Tuan barunya, Mahathir berhubung isu tersebut. Baca di SINI.

Pandangan atau hujah sokongan Ezam dilihat begitu memalukan bagi seorang bekas pekerja setia Anwar Ibrahim (penjenayah liwat pekerja lelaki sendiri).

“Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan. Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli Umno sahaja. Mengapa Umno mendapat hak eksklusif membuat pemberian,” - kata Ezam.
Entah siapa yang cadangkan Ezam bekerja di Kementerian Kewangan sebagai Pengarah Strategik yang nampak jelas tidak mampu langsung mencerna "Goverment of the day" dan UMNO atau mana-mana komponen di bawah Barisan Nasional adalah layak untuk bertindak sebagai wakil kerajaan BN dalam apa juga majlis yang difikirkan sesuai.

Ezam mungkin pernah sepentas bersama Lim Guan Eng di Pulau Pinang dalam mana-mana acara pemberian bantuan khas kepada rakyat di sana?

Atau Ezam sepentas dengan Wan Azizah atau Anwar (penjenayah liwat pekerja sendiri) dalam mana-mana program Kerajaan Negeri Selangor bagi mewakili UMNO BN? Atau setidaknya bersama dengan Azmin Ali dalam program bersihkan longkang?

Ezam tidak pernah terfikir betapa jahatnya Azmin mendapat hak eksklusif berada di dalam parit untuk bergambar seperti beliau sibuk bersihkan longkang atau parit?

Bila krisis air di Selangor, apa yang Ezam buat? Beliau bersama Azmin Ali turun bertemu rakyat untuk sampaikan bantuankah dan beliau mewakili UMNO BN? Inikah tahap Ezam faham tentang 'wakil kerajaan memerintah'? Patutlah jumlah kotak kekal 6 sehingga ke hari ini dan di mana kotak tersebut sehingga kini masih jadi rahsia.




Bagaimana Ezam hendak menjawab isu ini. Beliau adalah pengamal rasuah paling tegar kalau mengikut sahabatnya ini. Malah dakwaan Ezam kaki ugut juga nampaknya begitu serius. Pemegang akaun facebook tersebut mencabar Ezam menyaman beliau sekiranya dakwaan beliau adalah fitnah semata-mata.

Mungkin Mohd Faisal mempunyai bukti terlalu kukuh sehingga berani mencabar Ezam. Mungkin beliau tidak perlukan lebih dari sekotak bukti.





Penafian: azmykelanajaya.com tidak bertanggung jawab ke atas mana-mana artikel yang diambil dari sumber asal. Pihak yang terbabit perlu tampil bersihkan dakwaan.

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top