.... Ezam Akui 6 Kotak Masih Wujud - Faisal | AAKJ



Sudah masuk hari kedua cabaran berani dari kawan Ezam sendiri supaya menyaman beliau berikutan dakwaan bahawa Ezam makan rasuah, kaki pow dan kaki ugut. Malah kawan Ezam Mohd Nor yang dikenali sebagai Mohd Faisal sanggup pergi ke rumah Ezam sendiri untuk mengambil surat saman sekiranya Ezam berhajat untuk menyaman beliau.

BACA di SINI cabaran dan dakwaan kawan Ezam itu.

Namun memalukan bagi seorang yang pernah makan gaji sebagai Senator atas kerusi BN dan makan gaji dengan MOF juga atas tiket yang sama cuba menjawab cabaran kawannya sendiri yang boleh diklasifikasi sebagai bukan jawapan tetapi mengelak kepada isu sebenar.

Mohd Faisal MENJAWAB EZAM 

1. Seperti dijangka,alat sewaan politik yg bernama Ezam Md Noor tidak akan berani menyaman org yg mencabarnya supaya disaman dan akan memperlekehkan pencabar.

2. Dia kata tidak ada duit utk bayar peguam kerana tidak ada pendapatan sejak 6 bulan lepas. Betul ke tidak ada pendapatan ? Bagaimana nak tampung banglo , kereta dan kehidupan mewah ? Dulu tidak ada kerja dan pendapatan berbelas tahun juga. Duduk dlm ISA lagi...tup...tup siap sebuah banglo mewah di kawasan elit. Masa itu pun berlawan dgn PM juga. Tak akan 80-90 % dari usia kehidupan awak sehingga ke hari ini hidup awak ditanggung dari hasil pendapatan isteri ? Suami jenis apa awak ni ?

3. Ezam kata, "saya ditahan...digari...dilokap..dipenjara..bukan kerana saya rasuah tetapi kerana saya bongkar orang rasuah". Itu dia merujuk kpd kes 6 kotak bukti rasuah yg dia dakwa milik Tun M yg disimpannya.

4. Awak bongkar rasuah awak kena penjara. Org yg rasuahnya dibongkarkan oleh awak tak kena penjara sampai kini. Tapi selepas keluar penjara awak pergi peluk cium dan bersekongkol dgn org yg awak simpan 6 kotak bukti rasuahnya. Kua...kua...kua...kua...tak ke haru biru tu namanya ?

5. Hari ini awak marah orang lain sokong Najib. Keluarkan bagai2 ayat dan fatwa menasihati org ramai agar tidak menyokong pemimpin yg rasuah. Sebabnya kerana Najib tidak melayan atau memenuhi dedak gred AAA yg awak perlukan. Dulu bukankah merajuk bawa diri ke Australia ??? Hi..hi..hi..jangan marah.

6. Nasihat saya kpd Ezam, elok awak pergi kencing dlm tempurung kelapa dan tilik wajah awak dlm air kencing itu. Sebelum awak nak menasihati org ramai, awak lihat dulu dgn siapa yg awak bersekongkol sekarang ? Bukankah dgn org yg awak kata ada 6 kotak bukti rasuahnya ? Apa pula hukumnya tu ? Tulis buku pasal rasuah bukan main lagi. Tapi awak sendiri pergi bersengkongkol dengan orang (Tun Mahathir) yang awak kata ada 6 kotak bukti rasuah. Lagi lawak penutup 2016. Kah...kah....kah...kah...Ibaratnya beginilah, dia nasihat,larang dan pesan kpd org lain tentang bahayanya virus JE dan Nipah yg dibawa babi. Dia pesan jgn tinggal di kawasan ladang babi, jangan hampiri babi, jangan berkawan dgn tauke babi atau pekerja2 ladang babi. Tapi dia sendiri masuk duduk dlm kandang babi dan bergelumang dgn babi.

8. Dulu keluar PKR tubuh GERAK. Kaut pusingan pertama. Kemudian masuk Umno tubuh pula Yayasan Nusantara. Kaut lg pusingan kedua. Sekarang keluar Umno masuk PPBM, tubuh pula Hisbah Centre. Kaut pula pusingan ketiga. Berapa banyak NGO daaaa ??? Senang nak kaut daaaa....Waktu nak mengaut minta dgn orang itu dan orang ini dgn ayat " you tak perlu tlg i. You tlg ngo i ni ja" Masyukkkk....Saya kenal dia wahai kawan2 sekalian. Bukan kenal setahun. Bukan kenal dua tahun. Kenal berbelas tahun. Segala skrip2nya dlm kepala saya . Cuba bentang laporan kewangan Ngo2 itu semua kita nak tengok. Keh keh keh...sepatutnya sebuah badan yg anti rasuah memberi contoh kpd badan2 lain atau org ramai tentang ketelusan kewangan. Pamer di laman web sepanjang masa kewangan mereka. Tapi laman web pun tiada. Yang ada FB. Itu pun ada 12 orang ja pengikut. Wa kah...kah...kah...kah....lalat oh lalat....12 org pengikut ja. Ngo hebat, nama gah, ngo antarabangsa, ngo org yg berani yg sdg bergasak dgn PM. 12 pengikut ja ? Jommmm sekali lg kita gelak.... wa kah kah kah kah kah kah....

Nota : Saya tidak menuduh atau membidas Tun M melakukan rasuah dan salahguna kuasa hingga 6 ada kotak bukti. Itu Ezam yg kata. Dan saya membidas Ezam sahaja berdasarkan apa yg dia kata. Bulan November lepas dlm wawancara dgn Sinar Harian Ezam mengakui 6 kotak itu masih wujud.






Penafian: azmykelanajaya.com tidak bertanggung jawab ke atas mana-mana artikel yang diambil dari sumber asal. Pihak yang terbabit perlu tampil bersihkan dakwaan.


Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top