.... Doktor Hina Agong Terlepas Dari Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia? | AAKJ



Bila terasa diri telah melakukan kesilapan yang serius dan boleh membawa kepada pemecatan atau penggantungan tugas, pembangkang seperti biasa mulalah merangkak menulis ayat kononnya khilaf bagai. Masa menulis tidak terfikir apa yang sebanranya nak disampaikan, akhirnya konon itu adalah pemikiran di luar kotak, walhal pemikiran manusia yang tiada otak.

Adakah pihak kementerian kesihatan Malaysia tidak mampu untuk mengambil tindakan terhadap sorang doktor pelatih yang begitu aktif bersama pembangkang di tepi jalanraya melalak menuntut dan memaki kononnya kerajaan BN ini zalim dan sebagainya. Megah bergambar dengan baju T kuning dan sanggup redah hujan serta panas semata-mata bencinya beliau kepada kerajaan BN. 

Sememangnya doktor atau siapa sahaja penjawat awam bebas memilih parti yang ingin disokong dan di dalam kes doktor pelatih yang katanya bertugas di hospital kerajaan di Kelang bukan kerana beliau turun memekak di jalan raya bersama NGO haram berlabel bersih. Kesalahan beliau adalah menghina Yang di Pertuan Agong.

Bayangkan kalau ini terjadi kepada doktor yang pro kerajaan BN. Mungkin ada yang terguling memekik di jalanraya minta dihukum seberat-beratnya.

Mulanya tidak mengaku ahli parti Mat Sabu, ini apa cerita:-

Dari facebook Che Ibrahim Mohamed :-

DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.

Ini adalah gambar Dr Mohd Faiz pada malam 18 Disember setelah dia diambil dari rumahnya oleh pasukan Polis dan seterusnya dibawa ke Balai Polis untuk tujuan soal siasat.

Sebenarnya, saya mengikuti rapat perkembangan kes ini kerana saya percaya Dr Faiz menjadi mangsa akibat kesilapannya yang kecil hanya kerana dia dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dimusuhi oleh 2 kelompok parti terbesar mewakili orang Melayu. Sementara dua kelompok ini, hanya terus relevan jika berjaya memainkan sentimen 3R : Royal, Race & Religion. Jangan pernah lupa, strategi Pecah dan Perintah Regim itu nyawanya adalah terletak pada jantung 3R.

Saya tidak menyiarkan gambar dan progress mengenai semua yang berkaitan memandangkan saya jelas bahawa serangan berlebihan ke atas Dr Faiz adalah dilebarkan sama oleh cyber troopers upahan. Kelompok ini berperanan memainkan sentimen emosi meluap-luap melalui kaedah hasutan viral dengan ulasan-ulasan berniat jahat. Sasaran mereka sebenar bukan untuk menjatuhkan Dr Faiz tetapi adalah untuk mempotrait hodohkan Amanah.

Tidak dinafikan mereka berjaya mempotrait hodohkan "critical thinking" Dr Faiz yang melanggar konvensi yakni kelaziman massa dan semasa. Tetapi percubaan mengaitkan kesilapan Faiz yang bersifat peribadi, untuk menjadi kesalahan organisasi parti adalah ternyata satu percubaan murahan yang bersifat sangat tidak "gentleman". Rakyat boleh menilai.

Amanah tidak pernah setuju dengan apa sahaja tindakan berlebihan khususnya daripada individu ahli. Amanah juga bukan parti yang membuat keputusan dan pendirian secara individu tanpa konsensus berjamaah yakni berpasukan di peringkat kepimpinan, sekalipun ia pendirian Presiden parti. Tetap pandangan dan cadangan itu memerlukan konsensus di peringkat kepimpinan tertinggi.

Benar, Dr Faiz agak tergelincir. Malahan meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya. Bagi yang bertujuan jahat akan sekaligus cuba utk mengheret sama semua yang berkaitan dengan Faiz untuk dihukum bersalah. Itu lumrah dunia. Yang wewenangan melakukannya itu mereka tidak akan terlepas daripada perhatian dan hisaban Allah, paling tidak di akhirat! Mereka yang beriman dengan Hari Pembalasan, saya yakin akan mudah mengerti sekaligus melihat ini satu perbicaraan yang lebih tuntas.

Walau bagaimanapun, Faiz tetap adik-adik kami dalam Amanah yang baru bertatih dalam kehidupan bernegara. Amanah wujud sebagai Generasi Kedua Gerakan Islam yang antaranya bertujuan membimbing dan membina generasi muda ke arah kehidupan bernegara dan peka kepada isu-isu rakyat. Faiz adalah antara generasi muda terpelajar, berakal sihat tetapi masih perlukan bimbingan.

In shaa Allah, Faiz adik kami dalam perjuangan dan kebangkitan. Iyya, dia sedikit terkhilaf. Tetapi kami dalam Amanah bersedia untuk terus membimbingnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri, keluarga malahan kepada masyarakat dan negara. Semua orang ada kelemahan dan kekurangan. Setiap mereka berhak mendapat nasihat dan bimbingan berterusan daripada kita semua.

Kelmarin, Dr Faiz telah dibawa seawal pagi lagi ke Mahkamah Majistret Klang untuk permohonan reman. Faiz direman 3 hari mulai kelmarin untuk tujuan Soal Siasat di bawah Akta SKMM. Dr Faiz sudah pun memberi kerjasama yang sangat baik kepada penyiasatan dan mudah-mudahan ia berakhir dalam keadaan yang baik. Mudah2an juga insiden ini menjadi pengajaran yang sangat berharga khusus untuk dirinya dan kelompok massa di luar sana.

Saya yakin dan percaya kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (SPBYDPA), isu ini adalah sangat kecil untuk baginda yang sudahpun melihat Kebesaran Sifat Rahman dan Rahim Tuhannya, Allah ..Tuhan kita semua.

Hendaknya, tiadalah pula yang terus berperanan untuk menjadi si Kitol.

Semoga SPBYDPA terus bersemayam dalam kebesaran dengan bimbingan Hidayah dan Kasih Sayang Allah jua.

Allah SWT berfirman:

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا ۙ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

*"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."*
(QS. Ali 'Imran: Ayat 200)

Allahu Akbar, Tuanku!


#BebaskanFaiz
#MaafkanFaiz


https://www.facebook.com/cheibrahim.mohamed/posts/1262673893778478









Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top