1. Mengapa kiraan Rafizi mengenai kos MRT salah?

2. Pertama, Rafizi tersilap fakta apabila menyatakan kos bagi 21km MRT adalah RM21 bilion. RM21 bilion = 21km, oleh itu 1km = RM1 bilion.

3. Kedua, dengan menggunakan maklumat yang salah ini, Rafizi membuat andaian bahawa kos bagi 1km trek MRT ini adalah RM1 bilion. Oleh itu, kos bagi 51km trek MRT adalah RM51 bilion dan jumlah besar bagi keseluruhan 141km trek MRT adalah RM141 bilion. Rafizi seterusnya menolak RM21 billion yang telah dibelanjakan untuk trek Sungai Buloh Kajang (SBK) bagi mendapatkan baki kos untuk jajaran 1 (fasa 2) + jajaran 2 + jajaran 3, iaitu RM141 billion - RM21b = RM120 billion.

4. Hakikatnya, MRT Corporation Sdn Bhd telah menafikan dakwaan Rafizi dan menyebut bahawa, "kos RM21 bilion yang disebut dalam ucapan oleh Perdana Menteri adalah kos bagi kedua-dua Fasa Satu dan Fasa Dua daripada 51km jajaran SBK. Fasa 1 terdiri daripada bahagian ditinggikan (elevated section) yang melibatkan 21km daripada Jajaran SBK dari Sungai Buloh ke Portal Semantan. Fasa dua termasuk bahagian 9.5km bawah tanah dari Semantan Portal ke Portal Maluri dan bahagian ditinggikan 20.5km dari Portal Maluri ke Kajang," atau RM21 bilion adalah kos untuk 51km trek MRT (21km + 9.5km + 20.5km), dan bukan hanya untuk 21km trek seperti dakwaan Rafizi.

5. Jika maklumat ini dan 'formula kadar langsung' Rafizi yang jelas salah ini digunakan, kiraan Rafizi sepatutnya adalah seperti berikut:- kos untuk 51km = RM21 bilion, oleh itu kos bagi 1km adalah, RM21 bilion/51km = RM0.412 bilion/km. Dengan itu, kos bagi keseluruhan 141km trek MRT melibatkan 3 jajaran (Jajaran 1+ Jajaran 2 + Jajaran 3) = 141km x RM0.412 bilion = RM58.1 bilion.

6. Jumlah RM58.1 bilion untuk 141km ini jauh lebih rendah daripada anggaran RM141 bilion untuk 141km seperti yang didakwa Rafizi walaupun kita menggunakan formula matematik tahap sekolah rendah seperti yang Rafizi gunakan.

7. Persoalannya, adakah formula matematik tahap rendah atau pengiraan secara kadar terus seperti yang Rafizi gunakan ini betul dan boleh digunakan untuk mengira kos projek yang mempunyai pelbagai faktor penentu kos seperti keperluan untuk meninggikan jajaran tersebut atau membina jajaran di bawah tanah atau kos pembayaran pampasan tanah yang berbeza di kawasan laluan trek yang berbeza.

8. Sehingga kini kos bagi trek Sungai Buloh Serdang Putrajaya (SSP) masih belum dimuktamadkan lagi. Berdasarkan kenyataan MRT Corp pada 3 Ogos 2016, anggaran kos untuk trek SSP sepanjang 52.2km adalah di antara RM35 bilion hingga RM40 bilion. Kos ini adalah bagi trek MRT yang akan memberi khidmat kepada hampir 2 juta penduduk di sepanjang Damansara Damai, Jalan Ipoh, Kampung Baru, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

9. Cara pengiraan kos projek MRT yang dilakukan Rafizi ini bukan sahaja salah tapi amat melucukan.


Post a Comment Blogger

 
Top