.... Buku Teks Tahun 1 Jadi Bahan Politik? | AAKJ



Kementerian Pendidikan menjelaskan, isu kandungan buku teks Bahasa Melayu murid Tahun Satu yang tersebar luas baru-baru ini, hanya salah faham dan tidak perlu diperbesarkan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata viral berkenaan menyebabkan ramai ibu bapa bimbang kerana menyifatkan ia tidak sesuai dengan murid sekolah rendah terutama Tahun Satu.

"Sebenarnya, kandungan yang tersebar itu adalah kandungan terakhir buku teks Bahasa Melayu iaitu bahagian pengkaryaan.

"Untuk bahagian itu, guru diberi pilihan sama ada mahu murid menjawab atau sebaliknya, bergantung kepada tahap kepintaran masing-masing.

"Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana dalam kandungan buku teks, ia disusun dari mudah kepada susah manakala yang tersebar itu adalah peringkat akhir," katanya.

Baru-baru ini, kandungan buku teks Bahasa Malaysia untuk murid Tahun Satu itu menjadi viral di laman sosial kerana ramai menganggap ia memerlukan pemikiran tinggi dan tidak sesuai untuk murid yang baru memasuki alam persekolahan.

Antara lain, murid diminta menjawab idea tersirat dan tersurat berdasarkan jalan cerita yang diberikan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top