1. Ramai yang bertanya kenapa bekas pegawai BSI Bank Singapura, Yeo Jiawei dihukum 30 tahun oleh mahkamah Singapura baru-baru ini.

2. Jawapannya - Yeo dihukum di atas kesalahannya CUBA MEMPENGARUHI SAKSI-SAKSI UTAMA yang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) Singapura dalam siasatan kes penggubahan wang haram.

3. Terdapat sekurang-kurang 4 kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh Yeo. Bagi setiap kesalahan, Yeo boleh dihukum penjara selama 3 setengah tahun dan didenda. Yeo menghadapi 7 lagi pertuduhan atas kesalahan penipuan, pemalsuan maklumat dan penggubahan wang yang akan dibicarakan pada bulan April 2017.

4. Yeo pertama kali disoal siasat oleh CAD dalam bulan Oktober 2015 dan ditahan pada 17 Mac 2016. Selepas dibebaskan atas ikat jamin, Yeo telah menghubungi saksi-saksi utama kes ini dan meminta mereka menyembunyikan bukti-bukti kesalahan jenayah yang dilakukannya.

5. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan Yeo adalah seperti berikut:-
i. Dalam bulan Mac 2016, Yeo telah bertemu rakan firma Samuel Goh Sze-Wei dan Penyelia BSI meminta mereka berbohong kepada pihak polis bahawa dana yang dipindahkan oleh Goh ke dalam akaun syarikat Bridgerock Investment dan GTB Investment Ltd adalah merupakan pelaburannya.

ii. Meminta kedua mereka menyembunyikan cerita sebenar terlebih dulu sehingga pihak penyiasat menunjukkan bukti-bukti yang ada

iii. Meminta Pengurus Perhubungan Amicorp Group, Jose Renato Carvalho Pinto dari datang ke Singapura bagi mengelakkan dari di soal siasat oleh CAD. Dia juga meminta Pinto melupuskan komputer bimbit yang mengandungi bukti urus niaga haramnya dengan syarikat tersebut.

iv. Meminta Pinto mengarahkan Aloysius Mun, seorang pekerja Amicorp Group, untuk mengaku tidak mengetahui mengenai urus niaga Yeo dengan syarikat tersebut jika ditanya oleh CAD

6. Kenapa bukan Arul Kanda atau Najib Razak yang dihukum? 

Jelas fakta kes membuktikan kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh Yeo dan tiada kena mengena dengan Arul dan Najib.

7. Adakah yang disiasat dan dibicarakan ini dana 1MDB? 

Berdasarkan fakta kes setakat ini, siasatan dan perbicaraan ini bukan ke atas dana 1MDB tetapi lebih merupakan siasatan ke atas BSI Bank Singapura dan dana yang berada di bawah kawalan BSI Bank.



Post a Comment Blogger

 
Top