.... Berwaspada Bila Mahathir Cium Anda Kerana Ia Mungkin Ciuman Maut | AAKJ



Mahathir tidak pernah berkawan selamanya atau menjadi musuh yang kekal. Beliau menukar rakan-rakan dan musuh-musuh bergantung kepada keperluannya pada masa itu. Mahathir boleh muntah pada anda satu hari dan menjilat kembali muntah dari wajah anda pada hari berikutnya. Tiada apa yang jijik bagi Mahathir selagi beliau mendapat apa yang dia mahukan. Ketika DAP fikir yang mereka menggunakan Mahathir, mereka akan dikejutkan apabila akhirnya Mahathir menyalahkan mereka atas rusuhan kaum akan datang di Malaysia.
Apabila anda membandingkan apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan mengenai DAP pada bulan Mei 2013 dalam video yang berikut dan apa yang beliau katakan hari ini dalam laporan berita The Star di bawah, anda benar-benar tidak tahu sama ada mahu ketawa, mengeluh, mencarut atau muntah.




Maksud saya, saya tahu bahawa politik adalah tentang kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan dan tentang musuh kepada musuh saya adalah kawan saya dan tentang bahawa tidak ada kawan yang kekal atau musuh yang kekal dalam politik dan sebagainya, tetapi sudah pasti terdapatnya perkara yang dipanggil sebagai maruah. Pelacur juga mempunyai maruah. Cuba hina pelacur dan lihat apa yang akan berlaku.

Mahathir, bagaimanapun, nampaknya tidak mempunyai maruah. Menang dengan apa cara dan dalam apa keadaan sekali pun mungkin adalah matlamatnya tetapi bagaimana anda bermain permainan ini adalah penting dan mungkin adalah lebih penting daripada menang.

Masalah dengan Mahathir adalah ini merupakan kali kedua beliau berbuat sedemikian. Pada tahun 2006, Mahathir mahu menggulingkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau telah melancarkan serangan secara berhabis-habisan terhadap lawannya. Akhirnya, selepas hampir tiga tahun, Abdullah berputus asa dan mengaku kalah.

Jadi dunia dapat merasakan apa yang Mahathir boleh lakukan dan sejauh mana beliau bersedia untuk pergi bagi mendapatkan apa yang beliau mahukan. Pada masa itu, sudah tentu, beliau mahukan Abdullah keluar kerana menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, adalah penghalang kepada kenaikan Mukhriz dalam politik. Sekarang beliau mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar kerana beliau tidak membantu Mukhriz memenangi pemilihan parti pada 2009 dan 2013.


Semuanya berkisar tentang dinasti politik Mahathir dan kekayaan keluarga

Dalam kedua-dua situasi – pada tahun 2006 dan sekarang – adalah tentang anaknya. Beliau kecewa kerana dinasti politik beliau tidak berlaku. Keduanya ialah tentang kekayaan keluarga. Kira-kira RM100 bilion masih di bawah pemegang amanah, penama, proksi dan kroni dan Najib tidak membantu Mahathir memperoleh kembali kekayaan ini. Malah, 1MDB telah menjadi penghalang untuk mendapatkan kembali kekayaan ini dan itulah sebabnya Mahathir berhabis-habisan menyerang 1MDB. Jika beliau boleh menghapuskan 1MDB, maka beberapa bilion daripadanya boleh diselamatkan.

Segalanya yang Mahathir lakukan adalah kerana dinasti dan kekayaan keluarganya. Jika Najib telah bekerjasama dan membantu Mukhriz memenangi pilihan raya parti dan membenarkan Mahathir untuk mendapatkan kembali sekurang-kurangnya sebahagian daripada hartanya, orang tua itu tidak akan melancarkan serangannya. Kuasa dan kekayaan: itulah penyebab kepada semuanya.

Pembangkang bukanlah bodoh. Mereka mungkin dungu tetapi mereka bukannya bodoh. Mereka tahu bahawa satu-satunya sebab Mahathir kecewa adalah kerana beliau tidak boleh mendapatkan apa yang beliau mahukan. Jika beliau boleh mendapatkan apa yang beliau mahukan, semestinya beliau akan memberitahu pembangkang agar tidak mengganggunya. Beliu semestinya akan menghentam DAP dan memanggil mereka nama-nama yang jahat. Lim Kit Siang seorang yang rasis. Anwar Ibrahim seorang peliwat. Lim Guan Eng seorang yang tidak jujur. Mat Sabu seorang penzina. Tidak akan ada kekurangan label untuk pemimpin pembangkang.

Pembangkang amat sedar bahawa Mahathir bukannya benar-benar sukakan mereka tetapi hanya menggunakan mereka untuk melawan Najib. Dan mereka tahu bahawa Mahathir bersedia untuk memusnahkan Umno dan Barisan Nasional jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menjatuhkan Najib. Beliau akan membakar seluruh negara jika perlu.


Matthias Chang mendapatkan persatuan Cina dan pemimpin persatuan termasuk ahli MCA seumur hidup memberikan Pulau Pinang kepada DAP

Maksud saya, pada tahun 2006, Mahathir bekerjasama dengan DAP (atau sekurang-kurangnya dengan beberapa pemimpin DAP) untuk menyerang Abdullah. Beliau juga mendapat persatuan Cina dan pemimpin persatuan serta ahli seumur hidup MCA untuk memastikan bahawa Pulau Pinang jatuh ke DAP. Ya, Mahathir memberikan Pulau Pinang kepada DAP dengan bantuan orang-orang MCA serta pemimpin-pemimpin persatuan.

Pada asasnya Pulau Pinang adalah negeri Abdullah dan jika Pulau Pinang jatuh maka ia akan menjadi mustahil untuk Perdana Menteri itu untuk terus memegang jawatan itu. Beliau tidak mempunyai pilihan lain selain untuk meletakkan jawatan, yang mana telah beliau lakukan beberapa bulan kemudian. Dan kemudian, selepas menggunakan pembangkang dan selepas bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya umum 2008, dalam pilihan raya umum 2013 Mahathir menyerang DAP, seperti yang anda lihat dalam video di atas.

Jadi inilah Mahathir. Beliau akan menggunakan anda dan bekerjasama dengan anda tetapi selepas beliau mendapat apa yang beliau mahukan, beliau akan menyerang anda. Jadi, jika Najib meletakkan jawatan, adakah anda fikir Mahathir akan kekal setia kepada DAP dan Pakatan Harapan atau beliau akan pulang kepada Umno dan memastikan anaknya kembali ke atas tangga Umno? Tidakkah Mahathir keluar daripada Umno pada 2008 dan selepas Abdullah meletak jawatan pada tahun 2009, beliau menyertai semula Umno? Mengapa Mahathir tidak kekal dengan pembangkang yang telah beliau bantu untuk memenangi lima negeri dan 82 kerusi Parlimen pada 2008?


Disatukan oleh masa depan politik anak-anak mereka

Ya, DAP dan Pakatan Harapan tahu anda tidak boleh bergantung kepada Mahathir dan mempercayai beliau. Mahathir hanya baik sebagai rakan atau sekutu apabila beliau tidak mendapat apa yang beliau mahukan. Sebaik sahaja beliau mendapat apa yang beliau mahukan, beliau akan menyerang anda. Tetapi DAP dan Pakatan Harapan tahu Mahathir tidak akan mendapat apa yang beliau mahukan (iaitu untuk Najib meletakkan jawatan dan untuk anaknya, Mukhriz, menjadi Perdana Menteri seterusnya). Ini bermakna mereka masih boleh menggunakan Mahathir untuk beberapa tahun sekurang-kurangnya semasa beliau masih hidup.

Betul, Najib tidak akan meletakkan jawatan, sekurang-kurangnya tidak dalam masa terdekat ini. Apabila beliau meletakkan jawatan kelk, ia adalah kerana beliau telah bersedia untuk meletakkan jawatan dan atas termanya sendiri. Dan itu akan terjadi hanya selepas kematian Mahathir. Jadi DAP dan Pakatan Harapan boleh terus menggunakan Mahathir untuk masa akan datang.

Apa yang DAP dan Pakatan Harapan tidak sedar, yang mana Najib sedar, adalah lebih banyak mereka bekerjasama dengan Mahathir, lebih banyak kerosakan yang DAP dan Pakatan Harapan akan tanggung. Mahathir bukanlah aset kepada pembangkang seperti apa yang mereka fikirkan. Beliau adalah liabiliti. Apa yang Mahathir, DAP dan Pakatan Harapan lakukan hanya membuatkan orang Melayu membenci DAP lebih dan itu mengakibatkan orang Melayu semakin bersatu.

Pilihan raya umum akan datang akan dikurangkan kepada dominasi politik orang Melayu menentang ancaman agenda Cina. Dan dengan Umno dan PAS yang bersatu akibat kebencian mereka kepada DAP, itu menjadikan orang Melayu musuh yang sangat menggerunkan. Ya, déjà vu Mei 1969 sekali lagi. Mungkin Najib perlu membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum akan datang sama ada pada Mei 2017 atau Mei 2018. Itu pasti akan mengingatkan orang Melayu siapa yang mereka perlu undi dan mengapa. Dan MCA lebih baik ambil perhatian yang mana yang lebih baik.



(The Star) – Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat penampilan sulungnya pada persidangan kebangsaan DAP di sini, di atas pentas utama dengan veteran parti. Dr Mahathir, yang pernah mengkritik DAP dan juga menggelar parti itu sebagai bersifat perkauman, duduk di hadapan pentas bersama dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang dan penasihat seumur hidup parti Dr Chen Man Hin dan juga pemimpin Pakatan Harapan yang lain.

Tepukan diberikan sebaik sahaja Dr Mahathir, yang diiringi oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, melangkah masuk ke dalam dewan di Pusat Konvensyen IDEAL di sini. Turut hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Walau bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak turut sama hadir.

Kemudian, Dr Mahathir, Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia, berkata beliau telah tersalah tentang DAP. “Ia adalah satu pengalaman untuk saya. Lagu parti DAP adalah dalam bahasa kebangsaan dan persidangan juga dijalankan secara keseluruhannya dalam bahasa kebangsaan.

“Saya melihat ahli dari pelbagai latarbelakang kaum yang berbeza menghadiri persidangan itu di sini hari ini. DAP bukan parti orang Cina sahaja tetapi parti yang berbilang kaum. Mereka mempunyai ahli bukan Cina yang memegang jawatan atasan dalam parti,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perjuangan politik di negara ini hanya antara Umno dan DAP.

“Umno adalah dalam Barisan Nasional dan DAP adalah dalam Pakatan Harapan, dengan Pribumi yang akan menyertai mereka tidak lama lagi. Saya terkesima dengan apa yang beliau katakan,” katanya. Beliau berkata, DAP tidak boleh membentuk kerajaan secara bersendirian, sambil menambah bahawa ia memerlukan Pakatan dan rakan-rakan pembangkang yang lain.



Malaysia Today

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top