.... Bebasnya Penjenayah Liwat 'Bersidang Akhbar' | AAKJ



RAKYAT tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang penjenayah liwat namun mereka agak keliru memandangkan beliau dilihat amat kerap membuat penampilan di mahkamah serta sering memberikan kenyataan kepada pihak media.

Adakah banduan mempunyai hak untuk membuat kenyataan media sekerap yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim? Jika tidak maka rakyat menuntut pihak Jabatan Penjara menjelaskan perkara tersebut.

Ramai pihak berpendapat kakitangan Jabatan Penjara yang mengiringi Anwar Ibrahim ke mahkamah telah menerima “habuan” untuk membolehkan beliau membuat “sidang akhbar” secara tidak langsung.

Oleh itu, rakyat mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Mereka perlu menyiasat samada pegawai penjara tersebut ada menerima “habuan” dari Anwar atau pun tidak. Tindakan Anwar memberi kenyataan kepada pihak media juga perlu disiasat. Perlu kita tekankan di sini bahawa Anwar adalah penjenayah liwat.

Anwar, 69, kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.

Semalam beliau didapati membuat kenyataan berkenaan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir kelmarin. Bagi penjenayah liwat ini, beliau melihat PAU kali ini gagal menyentuh isu melibatkan orang Melayu dan negara.

Ironinya, bagaimana seorang banduan atas kesalahan jenayah liwat membuat kenyataan tersebut. Adakah beliau mendapat keistimewaan “luar biasa” ketika berada dalam penjara sehingga mampu memberi kenyataan kepada pihak media? Perkara tersebut perlu disiasat.

Untuk makluman, Anwar gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah. Kita sebenarnya tahu bahawa tindakan Anwar tersebut sekadar untuk membolehkan beliau berada di luar penjara semata-mata disamping beliau boleh mengambil kesempatan untuk memberi kenyataan kepada pihak media. Dalam perkara ini, pihak Jabatan Penjara perlu disiasat.
Sumber: PRU14.tv




Pihak penjara memberi jawapan balas seperti biasa / skima namun persoalan yang rakyat ingin tahu ialah tindakan pihak penjara Sungai Buluh. Adakah pegawai pengiring akan sentiasa berhenti apabila 'ditahan' oleh pihak media dan adakah ianya alasan kukuh untuk memberi laluan kepada Anwar membuat sidang akhbar?

Adakah termaktub di dalam SOP pihak penjara tentang "kena berhenti" bila berhadapan dengan pihak media?

Ini akan menimbulkan persoalan seterusnya, adakah wujud kerjasama persefahaman yang sulit antara Anwar-pegawai pengiring penjara/penjara dan media. Bahawa akan ada sessi temuramah spontan walhal ianya sudah diatur?

Sampai bila perkara memualkan ini akan berlanjutan? Adilkah kepada banduan jenayah rogol atau liwat yang lain?

Rakyat melihat bukti gambar dan video, itukah gaya pegawai pengiring?

Jawapan pihak penjara:

Jabatan Penjara tidak pernah membenarkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan sebarang kenyataan media di mahkamah seperti didakwa sebuah portal berita.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon berkata penelitian terhadap klip video portal berita itu mendapati sidang akhbar berlaku ketika Anwar diiringi keluar sebaik selesai perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelmarin.

Katanya setiap kali Anwar diiringi ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan, kerap kali proses pengiringan tersekat oleh pihak media dan orang ramai yang memungkinkan berlaku interaksi lisan di luar kawalan Jabatan Penjara.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada diguna pakai bagi memastikan pengiringan terhadap semua banduan termasuk Anwar dilaksanakan dengan mengutamakan aspek keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Anwar dibenarkan membuat sidang akhbar semasa berada di mahkamah oleh Jabatan Penjara, kata Hassan.

Hassan berkata Jabatan Penjara sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sebenar yang berlaku di Mahkamah Rayuan berkenaan kelmarin.

“Pihak kami sesekali tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang salah laku anggota dan pegawai penjara,” katanya.

Namun apa yang masyarakat lihat adalah amat berbeza. Pengawai yang mengiring Anwar seperti membiarkan saja pihak media menemuramah Anwar dan ini bukannya berlaku sekali.



Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top