.... Bali: Sejuta Review - Ambil Yang Baik Dibawa Pulang | AAKJ



Tahun lepas Aakj bercuti di dalam negara, pulau Tioman, Pahang. Beberapa hari juga Aakj di sana. Tahun ini, Aakj ambil sedikit masa untuk 'kembali' ke tempat yang Aakj pernah bertugas 15 tahun yang lalu. Kali ini Aakj ke Bali, Indonesia.

15 tahun yang lalu, Aakj bertugas setahun di sini. Banyak sangat dah berubahnya terutama pengindahan tempat-tempat lawatan pelancung atau di sini mereka panggil parawisata. Mungkin pejabat kerajaan di sini sedar bahawa nama Bali sudah berada di dalam peta dunia sebagai antara tempat yang patut di kunjungi.

Walaupun Aakj tidak lama di sini namun beberapa tempat menarik yang Aakj lawati boleh diambil ideanya untuk di bawa pulang dan boleh disesuaikan dengan tempat kita. Malaysia juga tidak kurang cantiknya malah lebih hebat sekiranya produk pelancungan kita dipasarkan dengan lebih serius lagi.

Sebagai contoh kita juga punyai pantai, kita juga punyai pantai yang ombaknya mampu melungsuri papan luncur bagi penggemar 'surfing'. Malah pelbagai lagi tempat menarik yang boleh kita ketengahkan agar dunia tahu betapa cantiknya tempat kita atau sekurangnya kita setara dengan tempat tumpuan parawisata di Bali.

Jauh perjalanan, banyak pemandangan, banyak pandangan malah pengalaman tersebut mampu memberi sedikit panduan berguna untuk sahabat-sahabat aakj yang ingin ke sana atau panduan berjalan di negara orang ini boleh di aplikasi di mana sahaja.

Sabar yaa..kita kongsi-kongsi pengalaman. Yang baik kita ambil dan bawa pulang untuk dicontohi.


Bantu industri pelancungan tempatan dengan bawa balik idea terbaik.

Episod seterusnya. Bali, selain daripada mempromosi produk pantainya, sekarang mereka juga mengenengahkan produk yang lain juga malah lebih menarik, mereka gabungkan keindahan pantai sebagai 'link' untuk popularkan produk yang lainnya.

Bersambung...




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top