.... Bagaimana Najib Hantar Mahathir Untuk Bunuh DAP Dan Kemudian Hara-Kiri | AAKJ



Apa yang orang ramai gagal untuk lihat pada hujung minggu lalu mengenai perhimpunan Umno dan konvensyen DAP adalah Najib membunuh dua ekor burung dengan satu batu dan menerima bonusnya ialah keduanya terbunuh di waktu yang sama. Mahathir dan Kit Siang telah mencemarkan nama sendiri dan dinyatakan sebagai orang yang tidak mempunyai prinsip, kredibiliti dan moral serta pada masa yang sama Anwar semakin hilang entitinya dan bukan lagi subjek penting dalam dunia politik Malaysia. Najib buat langkah yang bijak dan tiada siapa yang dapat menjangkakannya.
Berapa ramai orang yang dapat melihat langkah umpama gerakan catur yang bijak dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hujung minggu lalu apabila dia bukan sahaja membunuh dua ekor burung dengan satu batu tetapi lemparan tersebut bagaikan bonus membunuh keduanya di waktu yang sama.

Pertama Najib gunakan perhimpunan Umno untuk mendedahkan agenda sebenar DAP: iaitu untuk hancurkan kuasa dominan politik Melayu dan menggantikan dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP di mana Melayu hanya akan jadi proksi cina. Dan sekiranya perwakilan UMNO ditambah dengan Melayu seluruh Malaysia yang sedang memerhati liputan Perhimpunan Agong tersebut tidak cukup yakin, Najib menayangkan video yang berikut di tengah-tengah ucapannya supaya kesan yang lebih dramatik dapat dirasai.





Pada masa yang sama, media sosial mainkan cerita hakikatnya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dijemput ke konvensyen DAP. Ini menimbulkan persoalan samada parti baru Mahathir, Pribumi akan dijemput masuk ke dalam Pakatan Harapan akhirnya. Gambaran yang diberikan oleh Lim Kit Siang ialah beliau melihat Pribumi sebagai sebuah parti Melayu yang cuba menjadi alternatif kepada UMNO. Dan ianya tidak akan mengembirakan orang Cina juga. Tambahan pula Mahathir tidak pernah sembunyikan perasaan bencinya terhadap persamaan ketara antara Yahudi dan Cina, ganas.



Mahathir telah memberi amaran kepada orang Melayu bahawa DAP tidak harus diberi kuasa atau orang Melayu akan menjadi hamba di negara sendiri. Ia adalah sentimen yang Mahathir wujudkan sejak tahun 1960-an dan dia tidak pernah mengubah pendiriannya mengenai Cina. Namun orang Cina entah bagaimana tidak melihat perkara ini dan suka hidup dalam penafian.

Jika anda mengkaji semula perkembangan dalam tempoh 24 bulan lalu sejak Disember 2014, anda boleh melihat bahawa tempoh enam bulan pertama Mahathir telah melakukan semua serangan manakala Najib hanya berdiam diri. Mahathir menjadi pemburu dan Najib diburu dan ramai beranggapan bahawa apabila Najib berdiam diri maka ia sebagai petanda Najib sudah kalah.

Pada bulan yang ketujuh, Najib menyerang balas. Dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat, dan menjerit seperti Mahathir selama enam bulan. Najib bergerak senyap sambil membawa “kayu besar” dan musnahkan semua lawannya sebaik mungkin. Mahathir cuba bangkit tiga bulan kemudian dengan rancangan undi tidak percaya di Parlimen dan sekali lagi dua bulan kemudian pada bulan Disember dengan lagi satu rancangan undi tidak percaya di dalam perhimpunan agong UMNO. Keduanya gagal dan Najib lakukan serangan balas dengan memecat Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Najib “turned the tables” kepada Mahathir dan kini pemburu menjadi buruan. Najib memulakan tahun ini dengan kaedah menarik musuh ke dalam medan pertempuran (sebagaimana yang Sun Tzu telah ajar) dan memaksa musuh untuk bertindak bertentangan dengan kepentingan sendiri. Sebaliknya Najib membuatkan Mahathir bertindak membunuh diri dengan melakukan ‘hara kiri politik’. Membunuh seseorang memang mudah. Membuatkan seseorang membunuh diri adalah satu karya seni.


Yang mana satu adalah bapa ayam dan yang mana satu pelacur itu? Sukar untuk memberitahu apabila kedua-duanya mempergunakan satu sama lain.

Jika Najib yang bunuh Mahathir maka akan jadikannya seorang yang syahid. Jika sebaliknya Najib menolak Mahathir ke dalam tangan DAP yang akan menjadikan orang tua pariah dan bukannya syahid. Jadi, dengan memecat Mukhriz Mahathir, yang mempunyai ego yang besar dan suka merajuk, tidak habis begitu sahaja. Dia akan bertindak balas dan kerana dia telah bertindak balas seperti dahulu apabila beliau merajuk dan meletakkan jawatan daripada Umno.

Ia adalah penting bahawa Mahathir meletakkan jawatan dari Umno kerana Kit Siang tidak mahu bekerjasama dengan Mahathir jika beliau masih ahli Umno. Mahathir perlu meninggalkan Umno sebelum DAP mahu menerimanya. Jadi, Mahathir melakukan apa yang Najib mahu beliau lakukan: beliau meletak jawatan dari Umno.

DAP dan Pakatan Harapan sentiasa mempunyai kecenderungan untuk mengambil ahli-ahli politik yang meletakkan jawatan atau ditendang keluar daripada pihak yang lain, terutamanya dari Barisan Nasional. Pakatan Harapan adalah seperti kilang kitar semula yang mengambil sisa orang lain. Najib tahu bahawa jika Mahathir meninggalkan Umno maka DAP dan / atau Pakatan Harapan penuh teruja akan mengambilnya.

Apa yang Kit Siang gagal mengambil kira adalah kesan yang bakal diterima oleh DAP jika mereka terima Mahathir. Mahathir tidak akan membawa apa-apa kebaikan bersamanya. Malah lebih banyak perkara buruk yang Mahathir akan bawa di mana ahli dan penyokong akar umbi DAP tidak pernah lupa dan maafkan. Ahli politik yang sudah lama seperti Kit Siang sepatutnya menyedari akan hal ini. Selepas apa yang Najib lakukan. Tapi entah bagaimana, mungkin kerana keadaan terdesak atau kebankrapan politik, Kit Siang tidak melihat ini dengan jelas seperti dilihat oleh Najib.

Kepada pemimpin tertinggi DAP dan Pakatan Harapan, kepentingan politik lebih penting daripada prinsip-prinsip, kredibiliti dan moral. Dan orang-orang seperti Kit Siang berfikir bahawa inilah juga yang diperjuangkan oleh sebilangan akar umbi. Kit Siang terlalu pandang ringan sentimen akar umbi, seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.



Reaksi Shamser Singh Thind adalah hanya permulaan. Tindak balas di bahagian bawah mengenai perjanjian yang DAP buat dengan Mahathir adalah benar-benar mengganggu keadaan. Dan semua ini tidak berlaku secara kebetulan. Najib telah merancang ini dan dia tahu untuk ini berlaku ia perlu bermula dengan Mahathir keluar daripada Umno. Dan itu akan pasti terjadi jika Mukhriz dipecat sebagai Menteri Besar Kedah.

Apabila Mahathir keluar dari Umno, dia terpaksa membuat keputusan sama ada untuk terus menyertai DAP sebagai ahli parti, yang akan menjadi yang terbaik untuk Najib dan Umno, atau sama ada untuk memilih alternatif yang kedua, iaitu untuk menubuhkan parti baru dan menyertai atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP. Sejak DAP dan Pakatan Harapan seolah-olah tidak mahu menjemput beliau untuk menjadi ahli mereka, Mahathir memutuskan alternatif kedua, iaitu untuk menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Pribumi.

Kit Siang, yang merupakan orang lama dalam politik , menyedari potensi betapa bahayanya menerima parti Mahathir itu sebagai anggota komponen Pakatan Harapan. Kit Siang tidak kisah bekerja dengan Mahathir sebagai individu tetapi untuk mengalu-alukan partinya sebagai komponen Pakatan Harapan adalah perkara lain sama sekali dan naluri Kit Siang memberitahunya ia bukan satu idea yang baik.

Apabila Mahathir melihat bahawa Kit Siang telah ‘melangkahkakinya’ dan kelihatan keberatan dalam menerima Pribumi sebagai ahli Pakatan Harapan, orang tua itu menghampiri Anwar Ibrahim, yang mana mesyuarat mereka di mahkamah pada 5 September 2016.

BACA DI SINI: Mahathir meets Anwar in Malaysia’s High Court for first time in 18 years 

Mahathir entah bagaimana mempunyai tanggapan bahawa Anwar adalah Ketua Umum bagi Pembangkang dan beliau boleh membuka pintu untuk Pribumi bagi menyertai Pakatan Harapan. Apabila ini tidak berjaya, pada 4 November 2016 Mahathir menghantar Tun Dr Siti Hasmah Ali bertemu Dr Wan Azizah Wan Ismail, berfikir bahawa dia mungkin bolehlakukan sesuatu.

BACA DI SINI: Siti Hasmah and Wan Azizah meet for first time in 18 years

Mahathir bagaimana tidak sedar apa yang Najib sudah tahu: bahawa kedua-dua Anwar dan Wan Azizah bukannya pemimpin sebenar Pakatan Harapan. Ia kini tiba-tiba kelam malap pada Mahathir bahawa Anwar dan Wan Azizah bukanlah penggerak sebenar dan ‘shakers’ di belakang Pakatan Harapan. Pemimpin de facto sebenar Pakatan Harapan sebenarnya Lim Kit Siang. Itu adalah kesilapan yang sangat besar Mahathir buat dan dia sedar sudah terlambat lakukan kesilapan ini. Dan Najib, yang telah lama tahu perkara ini, mengambil kesempatan dengan keadaan ini dan membuatkan Mahathir melakukan satu kesilapan yang amat besar.

Najib mahukan Mahathir pergi merangkak kepada Kit Siang dan supaya Kit Siang dapat mengalu-alukan Mahathir dengan tangan terbuka. Tetapi ini tidak berlaku maka Najib perlu melakukan sesuatu. Ia melakukan ini dengan mendedahkan apa yang DAP lakukan dan agenda politik sebenar mereka pada perhimpunan Umno hujung minggu lalu. Najib tayangkan video Superman Hew untuk mendedahkan bukan sahaja kepada para perwakilan Umno tetapi kepada seluruh orang Melayu di seluruh Malaysia tentang apa yang DAP fikirkan terhadap orang Melayu dan apa yang DAP pelan adalah: menggunakan PKR, PAN dan Pribumi untuk skru orang Melayu. Ini membuatkan Kit Siang panik dan dia perlu membuktikan Najib salah dan DAP yang sentiasa merancang untuk dapatkan Melayu dan bukan Cina untuk mentadbir negara dan menjadi Perdana Menteri.

Mahathir kini telah diberi status yang sama dengan pemimpin-pemimpin tertinggi DAP.

Jadi, bila sebelum ini mengumumkan bahawa Mahathir tidak akan dijemput untuk konvensyen DAP, Kit Siang terpaksa melakukan u-turn dan menjemput Mahathir untuk menghadirinya selepas itu. Dan jika Mahathir bersetuju beliau akan diberi status VVIP dan akan duduk di atas pentas di meja utama bersebelahan dengan pemimpin-pemimpin parti.

Kit Siang bermain terus ke dalam gelanggang Najib. Dalam satu pukulan Najib membunuh dua ekor burung dengan satu batu: Mahathir dan Kit Siang. Sekarang Mahathir dilihat sebagai apa yang dikatakan Shamser, bapa ayam, manakala Kit Siang telah menjadi pelacur Mahathir (atau jalang Mahathir, seperti yang dipanggil oleh orang di Amerika).

Mahathir secara tidak sengaja menjadi Kuda Trojan Najib dan Kit Siang tidak bijak dalam hal ini. Orang Melayu kini marah dengan Mahathir kerana menjual manakala kaum Cina marah kepada Kit Siang kerana membuang prinsip, kredibiliti dan moral. Orang Melayu tidak pernah mempercayai DAP dan belum pernah Cina mempercayai Mahathir. Ia adalah perkahwinan yang aneh bahawa mereka melihat pada konvensyen DAP pada hujung minggu lalu adalah sesuatu yang tidak baik oleh kedua-dua orang Melayu dan Cina.

Ia adalah pembunuhan berganda bagi Najib dengan hanya menggunakan satu batu. Dan bonus yang diterima oleh Najib adalah tiba-tiba Anwar bukan lagi satu persaingan. Anwar bukan sebahagian daripada perjanjian itu hujung minggu lalu dan apa yang Anwar mahu, atau tidak mahu,ianya bukan lagi mustahak. Malah, Wan Azizah duduk jauh dari kedudukan penting dan diletakkan di sebelah Mat Sabu, merendahkan beliau ke tahap yang sama seperti Mat Sabu, atau apa yang orang Melayu panggil sebagai Tukang Karut.


Mahathir menggantikan Anwar sebagai barua kepada DAP dan dalam proses yang sama memusnahkan kredibiliti beliau dan Kit Siang.

– Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top