.... Video Rakyat Malaysia Berebut Beli Kasut Adidas RM990 Sepasang | AAKJ




Kanye West, seorang ‘rapper’ terkenal yang juga merupakan penyokong Trump akan mengeluarkan Yeezy Boost 350 V2 sneakers yang terbaru pada hari Rabu, 23 November di kedai Adidas terpilih dan kedai ‘sneaker’ di Lembah Klang.



Yeezy Boost 350 V2 sneakers akan dikeluaran dalam tiga warna. Selain itu, lebel West’s Yeezy juga mengeluarkan pelbagai jenis kasut tetapi kerjasama antara West’s Yeezy dan Adidas akan membuat lebih ramai peminat ‘sneaker’ teruja.

Laman web says.com menyatakan, oleh kerana kuantiti keluaran ‘sneaker’ itu sangat terhad, tiket cabutan bertuah akan diberikan kepada pembeli yang berminat untuk membeli ‘sneaker’ itu hari ini, 21 November dan hanya beberapa pembeli yang terpilih berpeluang untuk membeli ‘sneaker’ itu pada hari pelancaran Yeezy Boost 350 V2 sneakers yang terbaru.



Dengan keghairahan yang melanda peminat-peminat ‘sneaker’, mereka sanggup tunggu di semua kedai kasut yang menjual ‘sneaker’ tersebut dengan harapan untuk mendapatkan tiket cabutan bertuah itu.

Kedai Adidas di Pavilion telah diserbu ramai orang. Oleh itu, pihak Adidas telah mengadakan cabutan bertuah di tempat yang lapang. Ketika itu, semuanya berjalan dengan pantas sekali.

Ini adalah sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Wyss Wong menunjukkan keadaan sesak semasa cabutan bertuah diadakan pagi ini berhampiran kawasan air pancut di pintu masuk Pavillion KL.

Dalam pada itu, nampak majoriti pembeli berebut untuk melalui penghadang keselamatan yang membolehkan mereka ke meja pendaftaran cabutan bertuah. Ianya hampir menyebabkan belakunya kekacauan.

Boleh dilihat kekurangan pekerja Adidas telah memyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menguruskan pembeli yang ramai.

Sejak West berpindah dari Nike untuk Adidas pada tahun 2013, kasut keluaran West’s Yeezy sangat diingini oleh orang ramai di seluruh dunia. Mereka akan menjual balik selepas pelancaran kasut itu dan harga jual balik kasut itu boleh mencecah sehingga RM4,000 setiap pasang.



Yeezy 750 Boost hi-top sneakers dijual semula dengan harga RM3,950. Sebenarnya, mereka yang membeli memakai kasut itu, sebaliknya mereka menjualnya kepada pembeli tegar ‘sneaker’ pada harga yang lebih mahal.

Kami harap ianya berbaloi untuk anda semua. Kanye tentu gembira kerana kasut keluaran beliau telah habis dijual.

Orang ramai bukan sahaja mengilai kasut keluaran beliau! Malah ada yang meminta beliau bertanding untuk jawatan presiden pada 2020:



-pru14.tv-

 

VIDEO Klik di SINI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top