.... Video Cara Mudah TMJ ‘Handle’ Kumpulan Baju Merah | AAKJ



TENGKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Malaysiakini.

Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka yang diadakan pada Sabtu.

Salah satu watak dalam video berkenaan memaparkan seorang individu memegang cangkul, yang mana mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Syarikat Air Johor Holdings (SAJ).

TMJ dalam aksi santai berbaju biru pula melepaskan tujuh das tembakan seolah-olah ke arah kumpulan baju merah itu dengan simbolik ‘membunuh’ mereka semua dengan mudahnya.

Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.



Di kapsyen video tersebut Tengku menjelaskan dia tidak berpihak kepada mana-mana pihak (merah atau kuning) tetapi baginda menegaskan bahawa keganasan dan kebencian bukanlah cara untuk bergerak ke hadapan.

“Saya tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning. Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah ‘formula’ untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.

“Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,” katanya. 


Dari sumber -MYNEWSHUB.CC


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top