.... UMNO Bukan Tertegak Dengan Politik Samseng | AAKJ



Kalau diperhalusi demostrasi "Bersih" bukannya berlaku sekadar siri ke 5, bukan 5 kali tetapi lebih dari angka yang tertera sebagai label demostrasi haram tersebut.

Menurut sumber, taktik kumpulan ini hanya untuk mengaburi mata rakyat. Pelbagai 'jenama' digunakan dan skala kehadiran peserta bergantung kepada sejauhmana pihak penganjur mengeluarkan belanja. Demostrasi "GST" dan lain-lain yang seumpamanya adalah dari kumpulan yang sama. Dan kesemuanya menggunakan SOP yang sama dan jelasnya mereka jadikan SOGO KL sebagai tempat untuk berdemostrasi haram.

Demostrasi berskala kecil hanyalah umpama cetusan bara api sebelum ianya menjadi api yang marak mampu untuk membakar hangus apa sahaja yang dicampak ke dalamnya. Dan 'Bersih' adalah kemuncak kepada demostrasi-demostrasi yang mereka lakukan. Di 'Bersih' anda boleh lihat secara jelas siapa dan apa yang cuba mereka sampaikan kepada rakyat Malaysia. Seolah mereka boleh merampas demokrasi melalui demostrasi. Angkuhnya mereka.

Letusan keganasan ketika demostrasi haram 'Bersih' pimpinan pakatan harapan bukan sahaja merosakkan kereta polis, merosakkan harta benda awam malah jauh dari itu, menimbulkan ketegangan antara kaum dan meresahkan antara penganut kepercayaan yang berbeda.

Cuma kali ini, 'Bersih5' kantoi lebih awal. Bocor tentang bagaimana demostrasi haram ini rupanya mendapat dana dari Soros yang berselindung dengan menggunakan NGO beliau. 


Rakyat Malaysia sepatutnya melihat dari sisi 'kenapa Maria Chin bersungguh untuk laksanakan juga demo haram ini walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa". Bersungguh beliau untuk melawan arahan pihak Polis dan tuan punya kawasan, DBKL. 

Pelikkan, masih berkeras dan sanggup terima apa sahaja hukuman demi menjayakan demostrasi haram yang diketuai oleh beliau. Boleh anda bayangkan manusia yang berkeras untuk mencerobohi tanah milik orang lain dan menjahanamkan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Kalau bukan menjahanamkan, apakah waras manusia yang berkeras untuk masuk ke tanah atau dalam bangunan ataupun aset milik orang walaupun dilarang oleh pemilik?

Manusia jenis apa yang begitu bernafsu untuk masuk ke kawasan larangan. Kalau di China atau negara komunis yang lain, mungkin peluru akan tepat berada antara dua kening kepala demo haram sekiranya ini berlaku.

Kerajaan Pusat sekarang terlalu berlembut. Tidak seperti zaman Mahathir. Kita boleh saksikan bagaimana pihak berkuasa 'mengajar' peserta demo haram ini. Bukan mengajar menggunakan mulut tetapi dengan menggunakan tapak kaki dan peserta demo yang kena penyepak bukan saja diheret ke muka pengadilan, mereka tidak mampu untuk membuat laporan polis kononnya mereka didera oleh petugas keamanan ketika itu.




Mungkin dengan jumlah peserta yang tidak sampai ratusan ribu malah sekitar 5 hingga 10 ribu keadaan masih boleh dikawal. Bagaimana kalau ianya 100 ribu peserta? Manusia mempunya naluri haiwan yang hampir sama. Bila mereka merasakan diri mereka ramai dan kelompok mereka mengatasi kelompok atau jumlah lawan maka di saat itulah akal waras menjadi akal binatang. Menyerang mangsa tanpa mengira kawasan yang mereka berpijak adalah milik orang lain.

Media pro pakatan harapan cuba menampakkan angka ratusan ribu yang hadir dan keadaan aman. Kalau 50 ribu atau ratusan ribu, keadaan manusia yang ada setengahnya mula meminum arak, anda yakin mereka akan aman?



Sekiranya itu berlaku, bagaimana nasib anak-anak kecil yang ibubapanya bodoh dengan mengheretnya mereka bersama. Bagaimana pula dengan peserta yang datang tanpa ketahui apa sebenarnya tujuan berhimpun tersebut. Datang sekadar kerana upah sudah diperolehi. Bagaimana pula dengan harta awam dan harta milik persendirian? Siapa akan membayar ganti rugi sekiranya semua ini berlaku? Maria Chin atau dalang di belakang beliau? 

Malah paling gila ada peserta demo haram membawa anjing dan berjalan dengan tegak. Untuk apa anjing tersebut dibawa bersama. Siapa bakal diserang oleh haiwan tersebut?




Apa yang mereka harapakan dari demostrasi haram seperti ini? Ubah kerajaan atau ingin tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa demokrasi mampu tertegak dengan demostrasi jalanan? Atau ingin menunjukkan gaya samseng, politik menakut-nakutkan orang lain untuk mendapatkan pengaruh, dapatkan undi?

Diharapkan UMNO tidak terikut dengan rentak kumpulan manusia yang sanggup meminta wang dari orang asing demi menghuru harakan negara ini.

Bukan sehari dua UMNO menerajui kerajaan BN di negara ini. Bukan seminggu dua kerja untuk satukan pelbagai kepercayaan, kaum dan suku. Malah bukan sebulan dua UMNO berjaya letakkan negara Malaysia di landasan yang harmoni walaupun berlaku keributan di dalam cawan sendiri. Sejak insiden 13 Mei, UMNO dan parti komponen BN terus melangkah dan cuba menjarakkan diri dengan budaya politik yang tidak matang, politik samseng.

Bukannya perkara baharu UMNO diserang, UMNO BN diuji dengan pelbagai fitnah dan usaha menanam persepsi ke dalam otak rakyat betapa buruknya UMNO masih belum berjaya sepenuhnya. UMNO diserang hampir setiap jam dan setiap hari kerana UMNO dilihat begitu rapat dengan kaum Melayu. Hancurkan tulang belakan maka lumpuhlah Kerajaan Barisan Nasional. Dan tulang belakang itu adalah UMNO.

Bayangkan British mendengar teriakan UMNO ketika menentang Malayan Union. British melihat orang Melayu merasakan UMNO itu wadah Melayu dan Melayu itu perlu kebergantungan kepada UMNO untuk melawan British supaya Tanah Melayu boleh merdeka.

British sedar, bukan sahaja orang perorangan yang datang untuk bernaung di bawah UMNO malah pelbagai persatuan atau NGO Melayu menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan mutlak orang Melayu. Kesemua persatuan Melayu ketika itu datang dan bernaung di bawah parti yang bernama UMNO. Akhirnya British mengalah dengan desakan UMNO dan Malayan Union berkubur. Dan natijahnya UMNO bersama MCA dan MIC mengorak langkah mendapatkan kemerdekaan negara tanpa setitik pun darah menitis ke bumi yang bertuah ini.

Sejarah ini perlu dihayati dan bukannya sekadar menjadi bahan bacaan kepada umat Melayu. 

Kalau UMNO berjaya merdekakan Tanah Melayu dan sudi berkongsi dengan bangsa lain untuk sama-sama membela nusa dan membangunkan negara, kenapa perlu dirosakkan asas yang begitu penting ini.

Politik adalah permainan angka dan ahli UMNO sewajarnya melihat cubaan terakhir pihak lawan adalah untuk menampakkan UMNO sebagai sebuah parti yang samseng. 1001 cubaan telah dibuat. Sebanyak itulah fitnah terhadap UMNO berlangsung tanpa penat oleh pihak pembangkang. Setiap hari isu-isu supaya menampakkan ahli UMNO itu samseng dan sudah tidak relevan lagi. Ianya bagaikan umpan dan sekiranya ahli UMNO termakan umpan ini maka rakyat mula membuat penilaian, betullah UMNO itu parti samseng.

Nabi saw sendiri diuji dan cuba diumpan dari awal supaya melawan balik hinaan agresif Abu Jahal dan pengikutnya. Apa yang Nabi saw buat? Itulah yang sepatutnya ahli UMNO contohi.

PRU13 adalah ibu segala pilihanraya dan UMNO BN laluinya dengan penuh cabaran. Kini PRU14, Bapak segala pilihanraya. Bangkitlah wahai pejuang UMNO, kita sapu bersih kali ini.

Budaya politik samseng budaya pembangkang!!

Sumber


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top