.... Timbalan Mengaku Adam Pernah Menghuni Flat PPR | AAKJ



Ini cerita timbalannya dan buka lagi "cerita SPRM":-
Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly pernah menghuni di sebuah flat di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhususkan bagi golongan berpendapatan rendah, beberapa tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh timbalannya, Harris Idaham yang bagaimanapun menjelaskan Adam, 28, bukannnya berpindah dari flat PPR terus ke banglo yang beliau menetap sekarang.

"Ia bukan satu perubahan mendadak kerana dia (Adam) bukannya berpindah ke rumah sekarang terus dari flat PPR.

"Dari flat PPR, dia berpindah ke rumah yang lebih kecil dan kemudiannya baru dia dapat rumah sekarang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PPR adalah program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menawarkan rumah pada paras harga antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia atau disewakan pada kadar RM124 sebulan.

Menurut Harris, Adam berkecimpung dalam dunia perniagaan dan terbabit dalam mengeskport perabot ke luar negara.

"Daripada apa yang saya faham, dia berjaya mendapat pesanan dalam jumlah yang besar daripada beberapa negara tertentu," katanya.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga mengesahkan bahawa Adam menceburi perniagaan perabot.

"Anggapnya seperti mana-mana ahli perniagaan," katanya dalam mesej WhatsApp kepada Malaysiakini.

Ketua Wanita PKR itu juga menafikan bahawa Adam adalah pegawai khasnya dan menjelaskan bahawa beliau adalah pemimpin belia yang dipilih parti itu di Ampang.

Mengulas gesaan itu, Harris menegaskan bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana agensi kerajaan yang mahu menyiasat ‘kekayaan’ Adam.

"Jika diminta mengisytiharkan aset, saya pasti dia akan melakukannya tanpa sebarang rasa takut," katanya

Walau bagaimanapun, Zuraida berkata, memandangkan Adam bukan seorang penjawat awam, tidak perlu baginya untuk berbuat demikian.

Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Adam tidak berhasil apabila semua panggilan telefon tidak dijawab manakala mesej pula tidak berbalas.
Dan sehingga berita ini dibuat, timbalannya sendiri tidak tahu di mana lokasi "perniagaan" Adam atau pun guna simpanan barang. Buktikanlah supaya rakyat Malaysia betapa hebatnya budak muda yang hanya setakat SPM mampu berniaga eksport!! - AAKJ

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top