.... SKMM Serbu Malaysiakini | AAKJ



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini melakukan serbuan mengejut di pejabat portal berita Malaysiakini, di sini, sebentar tadi.

Serbuan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu melibatkan sekurang-kurangnya enam pegawai SKMM dan diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin.

Berdasarkan sumber dalaman Malaysiakini, tindakan SKMM itu bagi menjalankan siasatan berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.

Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dalam laporan itu, Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.

Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.







Video laporan tersebut dilaporkan melanggar Seksyen 233 akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kinitv kemudian bertindak memadamkan perkataan ‘haprak’ yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG.

SKMM turut mengambil kenyataan berhubung serangan kumpulan baju Merah yang dipimpin Datuk Seri Jamal Md Yunos pada Sabtu kelmarin.

Dua unit komputer riba turut dirampas bagi menjalankan siasatan terperinci. –MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top