.... Siapa Mahathir Untuk "Mengakhiri" Bersih? | AAKJ



Peserta demostrasi haram nampaknya terkedu dan mual dengan permainan Mahathir semalam dalam domostrasi haram Bershit 5. Bayangkan Mahathir yang tiba di lokasi utama demostrasi tersebut dari Sudan dengan jet mewah peribadi, disambut oleh hanya beberapa kerat ahli partinya PPBM dan dengan bongkak membuat keputusan untuk mengalihkan himpunan haram tersebut di KLCC setelah gagal untuk memasuki Dataran Merdeka.

Ambiga, Lim Kit Siang dan beberapa wakil rakyat serta bekas wakil rakyat pakatan harapan pimpinan DAP hanya menghiasi pentas ceramah skala mini sejak awal pagi. Mahathir pula tiba dengan Muhyiddin, Mukhriz dan tidak sampai pun 15 orang ahli partinya terus mengeluarkan arahan supaya semua peserta menuju ke KLCC.

Malah ketika berucap, Mahathir membayangkan inilah himpunan terbesar yang pernah beliau lihat di sepanjang hayatnya berpolitik walaupun beliau tahu kehadiran sebenar hanyalah di dalam anggaran 5000 hingga 8000 orang sahaja. Teknik mengambil gambar hanyalah satu teknik tipu helah yang semua orang tahu.

Beberapa hari sebelum himpunan haram ini, Mahathir menegaskan bahawa inilah himpunan Bersih terakhir dan rakyat perlu keluar beramai-ramai bagi menunjukkan penolakan terhadap Najib, UMNO dan BN. Itu kata Mahathir. Jangan lupa pesan orang lama yang mengenali siapa Mahathir, kalau tangan kanannya bergerak maka yang harus diperhatikan adalah tangan kirinya kerana apa yang tangan kirinya buat, itulah yang ada di dalam kepala beliau.

Bila Mahathir mengatakan bahawa kononnya inilah himpunan Bersih yang terakhir, sebenarnya itu hanya helah untuk memujuk tahap maksima supaya rakyat keluar bersama beliau untuk menggulingkan Najib. Beliau sudah habis ikhtiar, apa yang perlu buat supaya rakyat bersamnya menggulingkan Najib dengan cara protes haram itu.

Dan apabila beliau melihat sendiri sambutan yang terlalu dan teramat hambar di kemuncak acara semalam di KLCC, beliau terpaksa berbohong apabila mengatakan beliau tidak pernah lihat manusia seramai itu yang datang untuk bersama beliau. Maruahnya semalam hancur, penurunan sebanyak 92% kehadiran berbanding dengan Bersih siri 4 tahun lepas. (mengikut angka malaysiakini dan anda sendiri boleh agak angka dari penipukini)



Lim Kit Siang walaupun kecewa dengan perangai Mahathir yang tidak pernah berubah, beliau tersenyum lebar kerana Mahathir boleh menilai sendiri peserta Bersih ini sebenarnya "ahli" siapa? Mahathir perlu sedar, beliau hanya pak pacak atau boneka penghias majlis atau penghias pentas ceramah sahaja. Bukannya pembuat keputusan tentang "gerakan bersih". Sekurang-kurangnya Mahathir tahu dengan siapa dia berurusan dan siapa ketua pakatan harapan. Bersih bukan isu penolakan Najib tetapi lebih dari itu, DAP perlu dinobat sebagai ketua bagi pakatan harapan. Inilah masalah Mahathir. Beliau kekal ingin jadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Cara Mahathir mempromosi Bersih 5 yang menyebabkan ratusan ribu (angka Malaysiakini) peserta demostrasi haram tidak sanggup untuk "bertuankan" Mahathir. Beliau lupa "Bersih-Bershit" hanyalah alat untuk cina DAP tunjukkan kepada dunia betapa mereka ditakuti oleh Kerajaan BN, mereka boleh buat apa saja di ibu negara!!




Cina DAP ingin tunjukkan kepada dunia, DAP tidak memerlukan undi Melayu. Bagi DAP, Bersih 4 dan Bersih 5 sudah cukup untuk membuktikan betapa Cina DAP mampu berkuasa tanpa bantuan Melayu PKR, PAN dan apa saja suku dan bangsa yang ada termasuk bangsa India. Ini isyarat jelas yang DAP cuba sampaikan. Lihat saja apa yang tertera di atas. "Semua Melayu Adalah Monyet Merah". Bangsa yang tidak bertamaddun dan kerana itulah beliau berpindah ke luar negara. Sejak "Bersih-Bershit" maka lembut saja lidah bangsa cina DAP untuk menghina bangsa Melayu.

Siapa Mahathir untuk mengatur perjalanan "kumpulan Bersih". Anda yakin siri Bersih-Bershit ini berakhir semalam. Bagaimana dengan tahun hadapan? Bagaimana dengan Soros? Bagaimana dengan duit Soros setiap tahun?

Mahathir nyanyuk! DAP ada agenda yang besar dengan menggunakan platform "Bersih-Bershit". Yakinlah, "Bersih-Bershit" tidak ternoktah semalam.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top