.... Seminar Kajian Pemikiran Anwar Ibrahim: JAIS Cuba Agongkan Penjenayah Liwat? | AAKJ



Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menganjur seminar ‘Pemikiran Anwar Ibrahim’, bercanggah dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahu institusi agama di negeri itu berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Berikutan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata membicarakan ‘pemikiran Anwar’ yang turut menyokong perhimpunan Bersih 5, selain bersekongkol dengan golongan pluralisme, liberalisme, biseksual dan transgender (LGBT) mencabul titah Sultan Selangor.

“Berikutan itu, saya meminta tindakan segera diambil terhadap semua pihak yang terbabit termasuk JAIS. Siasat adakah JAIS mendapat tekanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ataupun kerajaan negeri yang memerintah hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Seminar berkenaan akan berlangsung pada 28 November ini di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selain itu, Sohaimi menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai ‘buta’ berikutan tidak nampak kemungkaran dilakukan Anwar sebelum ini.

“Apakah layak pemikiran seorang banduan yang secara jelas dijatuhkan hukuman bersalah kerana jenayah meliwat dijadikan modal untuk mengupas pemikirannya dan kemudiannya dijadikan ikon anak muda?, ” katanya.

Katanya, beliau juga kecewa dengan tindakan JAIS mengarahkan guru agama supaya menghadiri seminar berkenaan.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top