.... Ringgit Jatuh atau Dollar Naik, Siapa Untung, Siapa Rugi? | AAKJ



Rugi

1. Pengimport. Mereka perlu bayar lebih untuk dapatkan barangan yang diperlukan.


Selalunya pengimport yang cekap akan mempunyai pegangan dalam dollar dan pound untuk mengimbangi perubahan nilai matawang.

2. Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Bagi mereka yang memghantar dengan biaya sendiri akan terjejas. Demikian juga penaja biasiswa kerana mereka menaja dalam USD.

Lazimnya juga mereka mempunyai pegangan USD bagi berhadapan situasi seperti ini.

3. Pengguna barangan import.

4. Mereka yang meminjam di luar negara tetapi berniaga dalam negara.

Namun kedudukan kita lebih baik berbanding 1997 kerana lebih 90% hutang negara adalah hutang domestik yang tidak terganggu dengan kejatuhan ringgit.

Siapa yang untung?
1. Pengeksport. Harga barang Malaysia akan jadi lebih murah di luar negara. Lebih banyak barangan mereka akan terjual.

2. Industri pelancongan. Lebih ramai pelancong akan datang ke Malaysia. Perbelanjaan di Malaysia lebih murah. Rakyat negara ini juga akan beralih kepada pelancongan domestik.

3. Syarikat peladangan sawit seperti FGV. Mereka menjual dalam USD tetapi membayar kos kerja dalam RM. Dalam keadaan harga komoditi dunia jatuh, kejatuhan ringgit akan sedikit mengimbangi.

4. Mereka yang banyak memegang matawang USD tetapi meminjam dan berurusan dalam RM.

5. Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Setiap kali krisis akan ada orang untung dan akan ada orang rugi.


sumber:  Ab Jalil Backer

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top