.... Pemikiran 'Rakyat Facebook' Tidak Seiring Dengan Zaman Digital | AAKJ



Dari status rakan facebook AAKJ, Aznil Hisham :

JIKA MAJU NEGARA MAJU, PEMIKIRAN RAKYAT PERLU MAJU.

*Baca dahulu apa yg saya tulis. Kemudian lihat gambar yg sy beri. Then tanya pada diri, Adakah anda mempunyai pemikiran sama seperti mereka?

1. Dalam dunia perubatan, kita alami evolusi perkembangan perubatan yg mendadak. Teknologi perubatan kian meningkat dari tahun demi tahun. Dan pada masa yg sama, kita tidak mahu ketinggalan dalam evolusi ini.

2. Dalam lingkungan bidang saya, Sy lihat sendiri bagaimana perkembangan teknologi berlaku dari tahun demi tahun. Sama ada kita berkemanpuan atau tidak.

3. Dahulunya, kita beranggapan MRI itu sudah cukup canggih. Cukup dgn beberapa sequences sahaja. Kini ianya berkembang hingga kita boleh study aktiviti disease seperti tumour/ radiation necrosis dan lain2 melalui MRI. Terkini, Kita boleh study CSF flow dgn MRI. Teknologi semakin complex. Namun kita mahu teknologi demi kebaikkan pesakit2 kita.

2. CT ssan, dahulu kita perlu CT paling canggih pun 16 slices. Kini sudah ada 128 slices. Kemampuan CT ini adalah dapat mengesan stroke awal melalui perfusion yg mana tidak boleh dilakukan oleh CT 16 slices. Jika pengesanan awal dilakukan, Maka prognosis pesakit bertambah baik. Ramai yg pulih dari stroke tanpa lumpuh separuh badan. Dan rawatan awal stroke (thrombolysis) sangat mahal. Setitik agen ini berharga RM 30. Dan kita perlukan sebotol. Hanya beberapa hospital sahaja yg ada CT 128 slices. Terkini, Sudah ada CT 500 slices (tiada di Malaysia even Singapore). Teknologi kian berkembang.

3. Begitu juga dgn angiogram. Dahulu chemotherapy di beri secara intravenous. Kini kita ada TACE, Ubat chemo dapat diberi pada targeted cancer cells.

4. Dahulu forensic dilakukan secara autopsy. Sekarang kita ada CT forensic. Jadi tidak perlu korek kubur balik jika mahu siasat sesuatu. Sebab kita ada raw data CT yg boleh di access bila2 masa. Di Jepun, Mereka sudah ada teknologi CT Forensic dengan contrast. Mereka juga ada MRI Forensic. Kecanggihan teknologi mereka menyebabkan mahkamah di sana menerima keputusan radio-forensic sepertimana autopsy. Di Malaysia, Mahkamah tetap mahu guna conversional autopsy sebab forensik radiologi masih tidak berkembang sepenuhnya.

5. KKM sekarang dalam merangka setiap negeri memiliki satu hospital sub-kepakaran. Tidak lah bergantung kepada HKL dan beberapa hospital lain.

6. KKM juga merangka agar kumpulan sokongan seperti nurses, Pembantu Pegawai Perubatan, Radiographer dan lain menjadi entiti profesional yg mana setiap mereka memiliki ijazah, Master dan PHD.

7. Namun apa yg sy cerita adalah masih belum berada diperingkat yg matang lagi. Kita kearah itu. Namun, cabaran utama adalah kewangan.

8. Cukupkah dgn RM 40 billion dari kutipan GST berbanding perbelanjaan negara yg mana memerlukan RM 260 billion?

9. Ada juga manusia "cerdik" bertanya, Kemana perginya kutipan GST? Adakah mereka tidak melihat belanjawan negara?

10. Kita nak kemudahan kesihatan yang terbaik, Maka kita perlu pasukan kesihatan yg profesional at least degree. Namun utk adakan semua itu, kita perlukan rakyat yg berfikiran profesional. Namun agak sedih, Mereka dakwa mereka adalah profesional. Mereka kata profession mereka amat mulia. Namun pemikiran mereka sama seperti manusia zaman neolitik.

11. Saya berpendapat, rakyat Malaysia perlu bersuara. KKM dalam dilema tentang caj rawatan disebabkan rakyat tidak faham beban kos yg KKM perlu tanggung.

12. Apa kata kalian berkempen sampaikan kepada KKM - ".. naik sahaja caj perkhidmatan yg difikirkan berpatutan demi kebaikkan rakyat... " - Mereka mahukan respon begini.

13. Kepada yg tak setuju, kalian boleh boikot perkidmatan kesihatan kerajaan. Kami tiada masalah dgn itu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top