.... PAS Tolak Konvensyen Pakatan Harapan Yang Diketuai Oleh DAP | AAKJ



Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengesahkan parti itu tidak akan menghadiri konvensyen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP pada minggu ini kerana sudah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Konvensyen kita tak terlibat dengan Pakatan Harapan (yang diketuai oleh DAP), jemputan mereka itu hak mereka (nak hantar pada PAS).

“Tapi bagi pihak parti kita tak menyertai himpunan atau konvensyen Pakatan Harapan (yang diketuai oleh DAP) sebab kita bukan sebahagian dari mereka,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.

Katanya PAS hanya menjalinkan kerjasama dengan PKR dan bukannya HARAPAN (yang diketuai oleh DAP)memandangkan DAP turut berada di dalam gabungan itu.

“PAS bukan kerjasama dengan Pakatan Harapan (yang diketuai oleh DAP), ini bukan konvensyen PKR,” kata Nasrudin ketika ditanya sebab tidak menghadiri konvensyen itu.

“Ya, kita tak hadir sebab DAP. Kita dah lama putus hubungan dengan DAP,” katanya.

Konvensyen Harapan akan berlangsung pada Sabtu ini, yang dikatakan akan memberi gambaran terhadap barisan kepimpinan pembangkang untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ia dilihat penting bagi mewujudkan persefahaman antara pembangkang demi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam pilihan raya umum.

HARAPAN (yang diketuai oleh DAP) turut mengundang serpihan Umno, Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS turut dalam dalam acara itu.

Sementara itu Nasrudin turut menafikan desas desus bahawa parti Islam itu ada membuat pertemuan dengan Parti PPBM semalam bagi membincangkan soal kerjasama.

“Tidak, tidak ada (pertemuan),” katanya ringkas.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top