.... Minyak Masak: KPDNKK Pantau Restoran | AAKJ



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan sentiasa memantau harga barangan dan makanan yang dikhuatiri berlaku kesan daripada langkah rasionalisasi harga minyak masak.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, langkah itu bagi melindungi kepentingan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan peniaga yang mengenakan harga makanan tidak munasabah.

Jelasnya, peniaga yang menaikkan harga makanan akan diambil tindakan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

“Sebelum ini dalam dua minggu, pegawai penguatkuasa turun ke restoran-restoran dan ambil harga-harga menu yang dah ada ni kita dah ambil dan kita nak perhatikan dan nak tengok.

“Bila harga minyak masak naik ini, saya nak beri contoh, lima orang makan kedai berapakah minyak masak digunakan? Baru berapa kilogram. Hanya 20 sen sahaja untuk satu makanan, kalau lebih itu pencatutan,” katanya.

Kementerian itu berjaya mengesan 14 kes melibatkan kesalahan menyorok minyak masak.

“Kita juga telah memastikan bahawa semua mereka ini tidak menggunakan kesempatan dan menjual di luar negara. Sebab itu, apa yang kita lakukan ialah nak pastikan kurangnya ketirisan dan memberikan keselesaan kepada rakyat yang memerlukan minyak masak dalam 1kg polibag yang telah saya umum,” tambahnya.

Dalam pada itu, Hamzah menegaskan bekalan minyak masak di pasaran adalah mencukupi.

“Terpulang kalau mereka mampu nak beli 5kg. Kalau nak juga dalam polibag mencukupi. Sepatutnya 1.5 kg seorang kali 30 juta sepatutnya 45 ribu minyak masak dikeluar dalam negara. Namun kita beri kuota lebih dari angka itu. Sudah pasti ia mencukupi,” jelas beliau lagi.

Harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November 2016.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top