.... MCA : Pengecut Atau Pengkhianat | AAKJ





MCA adalah budak suruhan DAP. Memandangkan MCA tidak mempunyai pilihan jika mahu kekal relevan. Terdapat hanya 45-46 kerusi yang orang Cina boleh menang dan DAP ‘memiliki’ kesemua kerusi tersebut. Tetapi DAP bersedia untuk ‘menderma’ 7-8 daripada kerusi-kerusi tersebut kepada MCA jika MCA bersedia untuk menjadi budak suruhan DAP. Tetapi persoalannya, MCA sebenarnya pengecut atau pengkhianat? Atau mungkin pengkhianat yang pengecut?


Lim Kit Siang is very angry about our latest article in these series of articles:

Lim Kit Siang sangat marah tentang siri artikel terbaru kami:

MCA: DAP’s running dog

Kit Siang’s divide and rule strategy

Kit Siang’s strategy on how to kill Umno

Mengapa Lim Kit Siang marah? Sebaliknya kenapa Presiden MCA tidak marah? Ia seharus Liow Tiong Lai yang harus marah dan bukannya Lim Kit Siang kerana artikel mendedahkan fakta bahawa MCA adalah budak suruhan DAP (atau MCA jalang DAP, ini gelarannya kalau mereka di Amerika).

Nah, alasan kenapa Lim Kit Siang marah adalah kerana DAP memeras ugut MCA dan ugutan hanya berfungsi apabila ancaman itu masih kekal sebagai ancaman. Apabila telah terdedah maka ia akan menjadi tidak berkesan. Anda tidak lagi boleh menggunakan ancaman tersebut. Dan DAP dapat mengawal MCA dan membuat mereka melakukan apa yang DAP mahu mereka lakukan kerana ancaman bergantung di atas kepala MCA.

Pada dasarnya, potensi untuk ketiga-tiga parti Cina utama – MCA, Gerakan dan DAP – adalah 45-46 kerusi. Ketiga-tiga parti ini tidak boleh menang di kawasan majoriti Melayu dan kini ternyata mereka mempunyai masalah untuk memenangi kerusi di Malaysia Timur juga (kerana pengundi di Sabah dan Sarawak lebih suka parti kelahiran tempatan dan bukannya parti ‘persekutuan’ seperti MCA, Gerakan dan DAP).

Oleh itu parti-parti Cina mempunyai hanya 45-46 kerusi untuk rebutkan. Politik adalah “zero-sum game”. Jika siapa yang menang kehilanganlah pada yang lain. Dan sejauh DAP dan MCA tahu, jumlah 45-46 kerusi tersebut dikatakan ‘milik’ DAP. DAP yang ‘memiliki’ 45-46 kerusi itu. MCA, sebaliknya , tidak mempunyai apa-apa.

Jadi terpulang kepada DAP sama ada mereka mahu ‘Sedekah’ mana-mana kerusi kepada MCA. DAP boleh sapu kesemua 45 atau 46 kerusi dan tidak tinggalkan apa-apa untuk MCA – kosong. Atau DAP boleh Sedekah 7-8 kerusi kepada MCA. Dengan cara itu MCA tidak terkubur dengan sia-sia.

Untuk ‘mendapatkan’ 7-8 kerusi, MCA mesti menahan diri daripada menyerang DAP. MCA mesti juga akur kepada DAP. Dengan kata lain, sebagaimana yang mereka katakan di Amerika, MCA akan menjadi jalang DAP (atau budak suruhan DAP, sepertimana kata kaum Cina).

Adakah ini, oleh itu, menjadikan MCA pengecut atau pengkhianat? Atau mungkin MCA adalah pengkhianat yang pengecut ?



Pengkhianat atau Sida ‘mo choon toi’?


DAP menyerang Umno dan PAS habis-habisan. DAP menyerang seperti perang salib melawan terhadap apa yang mereka panggil ‘dasar Melayu’, Islam, Syariah (yang mereka sentiasa panggil “Hudud’ supaya penyokong Cina yang jahil keliru dan berfikir bahawa Syariah adalah rejam dan potong tangan) dan apa-apa sahaja yang boleh menaikkan sentimen bukan Melayu atau bukan Islam dan membuatkan Cina membenci negara ini dan membenci kerajaan.

Pada dasarnya, DAP bermain politik kebencian dan mereka menggunakan sekolah-sekolah Cina, media Cina dan persatuan dan pertubuhan Cina untuk menyemarakkan kebencian ini. Tetapi sekolah-sekolah Cina, media Cina dan persatuan dan pertubuhan Cina sedang dibiayai oleh MCA. Selama bertahun-tahun MCA telah memberikan mereka berjuta-juta ringgit dengan bantuan kerajaan. Jadi, dari segi teknikal, MCA ‘memiliki’ sekolah-sekolah Cina, media Cina dan persatuan / pertubuhan Cina.

Dan ini adalah mengapa DAP mahu MCA di bawah telunjuk mereka. MCA membutakan mata dan berpura-pura bahawa mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh DAP. DAP kemudian menggunakan sekolah-sekolah Cina, media Cina dan persatuan / pertubuhan Cina – yang dibiayai oleh kerajaan melalui MCA – untuk agenda politik mereka sendiri, untuk membuatkan Cina membenci kerajaan dan Umno.

Tetapi DAP hanya boleh melakukannya jika mereka mampu mengubah MCA menjadi seorang pegawai istana/Sida: mo choon toi. Dan dengan MCA terdesak untuk mendapatkan kerusi, dan dengan DAP berjanji untuk Sedekah mereka 7-8 kerusi pada pilihan raya umum akan datang, MCA menjadi jalang yang sempurna untuk DAP.

Pendek kata, MCA telah jatuh kepada peminta sedekah, mengemis untuk dedak daripada DAP (seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad) dan akan bersedia untuk menjadi jalang DAP atau budak suruhan untuk mendapatkan dedak ini. Dan penyokong DAP begitu berani untuk menuduh Melayu makan dedak namun apabila mereka menuruti Cina bukan sahaja makan dedak, tetapi menjadi jalang kepada DAP.

Kami menjangkakan musuh politik untuk menyerang antara satu sama lain seperti cara DAP menyerang Umno dan PAS. Tetapi MCA tidak menyerang DAP atau pemimpinnya kerana, jika mereka lakukan, maka DAP akan tidak memberikan kepadan 7-8 kerusi kepada mereka.



DAP memiliki Cina jadi jika MCA mahu mana-mana kerusi mereka perlu ‘menyembah’ kepada DAP.

Pemilihan parti DAP pada Disember 2012 dan pemilihan semula pada bulan September 2013 adalah satu penipuan. Tetapi MCA tidak berkata apa-apa dan tidak berbuat apa-apa walaupun sehingga hari ini Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pemilihan parti pada tahun 2012 dan 2013. Malah, RoS mengeluarkan surat mengatakan bahawa pelantikan Setiausaha Agong DAP adalah tidak sah tetapi MCA butakan mata dan masih tidak mengatakan dan melakukan apa-apa. Jika itu terjadi kepada Umno atau PAS, DAP akan pergi di seluruh dunia untuk menjerit mengenainya dan Tony Pua akan berbuih di mulutnya seperti anjing gila.

Lim Guan Eng terbabit dalam skandal seks, seperti juga Lim Kit Siang, sama seperti Muhyiddin Yassin dan Ahmad Husni Hanadzlah. Tetapi kita tidak mendengar satu perkataan pun dari MCA. Lim Guan Eng telah dikaitkan dalam skandal rasuah yang melibatkan rumahnya, dan banyak skandal lain yang melibatkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Dan masih MCA tidak mendedahkannya. Sebahagian daripada mereka skandal rasuah adalah besar tetapi belum ada satu kenyataan pun dari MCA, menurut Raja Petra.

Kesan yang kita dapat ialah bahawa DAP skru orang Melayu. Sebenarnya MCA juga skru orang Melayu, namun ianya samar-samar. MCA lakukan gerakan dari dalam Barisan Nasional manakala DAP bekerja dari luar. Dan orang Melayu kena skru dari depan dan belakang pada masa yang sama.

Bagi MCA mereka tidak mempunyai pilihan. Sama ada mereka berkhidmat kepada DAP untuk skru orang Melayu atau DAP dan MCA akan bersama untuk skru Melayu, jadi bagi MCA , ia adalah lebih baik mereka skru daripada mereka diskrukan. Dan, sebagai balasan dari DAP, mereka dibalas dengan 7-8 kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Dan ini adalah sebab mengapa Mahathir begitu marah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei 2013. Mahathir tahu bahawa DAP dan MCA sedang permainkan Umno. DAP whacks kerajaan dan MCA akan pergi kepada Umno dengan mengatakan bahawa kerajaan perlu memberikan ini, itu dan yang lain lainnya kepada orang Cina untuk membuat mereka gembira.



Mahathir mahu DAP sebagai barua beliau untuk membantu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak


Sebenarnya, bak kata Mahathir, orang Cina dikawal oleh DAP dan mereka tidak akan mengundi kerajaan sama ada anda tidak memberikan mereka apa-apa atau anda memberikan mereka RM1 bilion. Oleh itu, tidak membawa sebarang makna berkenaan dengan apa yang anda lakukan atau tidak lakukan dengan orang Cina. Menurut Mahathir, Najib cuba menggembirakan orang Cina dan ianya merupakan satu pembaziran masa semata-mata, hujah Mahathir.

Mahathir cuba menghasut dengan berkata, daripada membuang masa beliau dengan orang Cina, Najib perlu memberi lebih fokus kepada orang Melayu, yang pada asasnya menyokong Umno. Orang Melayu sentiasa menyokong Umno dan akan terus menyokong Umno. Jadi usaha perlu bertumpu pada Umno, jangan membuang masa dengan kaum Cina yang tidak pernah akan menyokong anda tidak kira apa yang anda lakukan atau tidak lakukan.

Sudah tentu, apabila Mahathir berkata demikian pada bulan Mei 2013, beliau tidak terfikir pada masa itu bahawa beliau memerlukan orang Cina dan DAP untuk membantu beliau menggulingkan Najib. Mahathir hanya berfikir bahawa jika beliau berkata demikian maka orang Melayu akan marah dengan Najib dan akan menendang dia keluar.

Strategi awal Mahathir adalah menggulingkan Najib dari dalam atau dengan bantuan Umno. Apabila ini tidak berjaya, dia menukar strategi dan kini cuba untuk menggulingkan Najib dari luar dengan bantuan pembangkang. Tetapi pembangkang Pakatan Harapan dikawal oleh DAP dan Pakatan Harapan dipimpin DAP. Jadi sekarang Mahathir memerlukan DAP jika dia mahu menggulingkan Najib.

Tetapi Lim Kit Siang terlalu bijak untuk membolehkan DAP dipergunakan oleh Mahathir. Lim Kit Siang hanya akan bekerjasama dengan Mahathir jika DAP boleh mendapat manfaat daripada pakatan itu. Jika DAP boleh mempergunakan MCA sebagai “anjing”, mengapa Lim Kit Siang mahu menjadi “anjing” Mahathir pula? Jadi, jika Mahathir mahu bantuan dari DAP, Mahathir perlu “drop his pants and bend over”, seperti Liow lakukan untuk memastikan bahawa MCA kekal relevan dan tidak lenyap.



Mahathir tidak akan dibenarkan untuk menjadikan DAP barua beliau, kata Shamsher Singh Thind DAP

Malaysia today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top