.... Maria Chin Agen Pecahkan Melayu | AAKJ



Pengakuan terbaru Ambiga bekas ketua demostrasi haram yang menggunakan label Bersih menimbulkan seribu tanda tanya. Ambiga tiba-tiba mengaku bahawa Maria Chin adalah individu yang memperkenalkannya kepada “Bersih” dan Maria Chin sanggup menjadi sekadar orang di belakang tabir sahaja. Apa maksud Ambiga sebenarnya? Dan sejauh manakah kebenaran cerita Ambiga yang terkenal dengan putar belit selama ini.

Menurut Ambiga beliau ditawarkan menjadi pemimpin utama Bersih kerana kapasiti beliau sebagai pemimpin Majlis Peguam. Dengan kedudukan tersebut maka Ambiga lebih dikenali oleh masyarakat berbanding Maria Chin. Timbul persoalan, kenapa Ambiga tidak menjelaskan kenapa tiba-tiba Maria Chin menjadi pemimpin demostrasi haram yang menggunakan label ‘Bersih’ di siri akhir-akhir demostrasi tersebut termasuk siri Bersih-5?

Adakah kerana Ambiga gagal menarik peserta demostrasi baju kuning yang rata-ratanya adalah dari ahli PAS sebelum ini? Nampak ketara gagalnya Ambiga sejak PAS menolak dengan keras untuk menjadi peserta demostrasi haram berlabelkan ‘Bersih’ itu.

Mungkin benar sentimen bangsa menjadi penyebab berlakunya penolakan terhadap Ambiga kerana ahli dan penyokong PAS tidak selesa langsung apabila individu yang bukannya Melayu Islam menjadi panglima perang No1 demostrasi haram tersebut. Gender bukan isu tetapi bangsa dan agama menjadi kebiasaan kepada kriteria penyokong PAS yang terkenal dengan ekstrimis jalanan. Kalau tidak masakan Ambiga tiba-tiba sahaja mengeluarkan keyataan bahawa Maria Chin adalah pencetus kepada ‘Revolusi Baju Kuning’ ini.

Bagi pakatan harapan, Bersih umpama jentera baharu bagi mendapatkan undi kumpulan atas pagar. Amat rugi sekiranya kumpulan ini tidak disokong sepenuhnya dan pengorbanan perlu dibuat sekiranya ingin menarik golongan yang pro Melayu tetapi anti UMNO kepada Pakatan Harapan pimpinan DAP. Ambiga perlu dikorbankan. Pemimpin yang berbangsa Melayu perlu menggantikan tempat Ambiga dan Maria Chin yang memenuhi kriteria tersebut kerana DAP perlukan seorang yang ‘nampak Melayu-Islam’ sahaja yang selamat untuk menggantikan Ambiga.

Kenapa kumpulan baju kuning ini tidak memilih Mat Sabu yang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab samada wakil rakyat DUN maupun ahli Parlimen sebagai pemimpin No1 Bersih? Jawapannya mudah, DAP yang memimpin Pakatan Harapan memerlukan individu yang berjiwa DAP bukannya manusia yang mudah goyah dalam perjuangan terutamanya apabila ditawarkan wang ringgit maka mula membuat pusingan-U atau keluar dari parti, jadi Mat Sabu bukanlah individu yang layak. Bukan menuduh DAP ‘membeli’ Mat Sabu tetapi asasnya tidak kukuh, berpuluh tahun di dalam PAS, kalah bertanding dan terus tubuhkan parti baharu.

Bukan setakat Mat Sabu, keseluruhan bekas pemimpin PAS yang menyertai PAN adalah tidak layak dan bakal mengundang musibah sekiranya mereka memimpin Bersih. Di sinilah Maria Chin muncul. Bukan kerana dana dari Soros yang berjaya di seludup masuk untuk hancurkan sistem demokrasi negara malah kriteria tegar, kepatuhan kepada DAP pada tahap maksimum. Itulah faktor utama Maria Chin dipilih.

Walaupun penyertaan bangsa Melayu di dalam gerakan Bersih, namun jumlah kehadiran Melayu menjadi titik tolak penting strategi Pakatan Harapan dalam mendapatkan undi Melayu pada Pilihanraya Umum akan datang.

DAP sudah mendapat undi Cina pada tahap maksimum dan langkah untuk menguburkan UMNO BN perlukan undi dari bangsa Melayu melalui PAN, PKR dan PPBM. Tiga parti Melayu yang baru lahir hasil dari perpecahan parti Melayu, UMNO dan PAS. Dan ketiga parti tersebut kini di bawah kawalan DAP. Cuma PPBM sahaja lagi belum diterima masuk ke dalam gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan. Namun bagi Lim Kit Siang, selagi Mahathir dan kuncunya sanggup berketuakan DAP tanpa wujudnya nama gabungan baru, itu sudah mencukupi bagi Lim untuk kuburkan UMNO dan BN.

Lim Kit Siang belajar dari pilihanraya yang lalu. Tanpa undi Melayu maka pembangkang bakal kalah dan terus gagal menjadi parti pemerintah. Selangor dan Pulau Pinang adalah contoh, bila undi Melayu dan undi Cina mereka perolehi maka dengan mudah mereka kuasai negeri-negeri tersebut.

Justeru, gerakan baju kuning perlu dikekalkan kerana cabang atau jentera tidak langsung ini adalah wadah penting untuk menarik undi Melayu kepada Pakatan Harapan pimpinan DAP. Apa yang terjadi kepada Maria Chin bukan isu besar. Mereka jadikan Maria Chin umpama seorang pahlawan perang berbangsa Melayu yang beragama Islam yang sanggup berperang dengan Kerajaan BN. Orang Melayu begitu sensitif apabila seorang mualaf nampak seperti teraniaya. Walaupun pada hakikatnya, Maria Chin sudah terbukti bersekongkol dengan Soros untuk hancurkan integriti negara yang berdaulat dan berpelembagaan.

DAP yang memimpin Pakatan Harapan begitu berharap, dengan Bersih ini maka Melayu akan bertambah pecahnya. Bukan sekadar berpecah 4 seperti sekarang (PAS, PAN, PKR dan PPBM) tetapi mereka perlu hancurkan lagi “Solidariti Melayu” yang wujud selama ini. Mungkin mereka sasarkan Melayu hancur sebelum PRU14 dan DAP yang memimpin Pakatan Harapan dengan mudah menakluk Putrajaya.

Melayu, bangkitlah, sedarlah!



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top