.... Mahathir Suruh Budak Buat Kerja Orang Tua | AAKJ



Masalah Mahathir ialah beliau dikelilingi oleh orang-orang yang bodoh. Najib, bagaimanapun, mempunyai pegawai yang berkemahiran di semua arena yang menjadi pegawai penasihat beliau. Inilah sebabnya mengapa selama dua tahun Mahathir tidak dapat menggulingkan Najib. Sebaliknya, keluarga dan seluruh ahli kumpulannya yang ‘terbunuh’ satu demi satu. Dan, ketika Mahathir semakin lemah, Najib menjadi semakin kuat. Mahathir perlu berhenti membuang masa dan mempertimbangkan untuk menyerah kalah.
Di dalam artikel semalam, Soros got trumped, saya ada menyebut:

Oh, untuk makluman, ‘burung kecil’ memberitahu saya bahawa surat di bawah telah disediakan semalam dengan jangkaan Trump memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat hari ini. Dan itu adalah perbezaan antara penasihat Najib dan Polis ‘Keystone’ Mahathir. Penasihat Najib tahu apa yang mereka lakukan sementara itu budak-budak Mahathir masih berjalan meraba-raba pada setiap langkah perjalanan mereka.

Sekarang anda tahu mengapa pada bulan Februari 2015 apabila saya diminta untuk membuat keputusan sama ada untuk menyertai pasukan Mahathir atau pasukan Najib saya memilih pasukan Najib. Ini kerana saya benci bekerja dengan orang bodoh dan menikmati bekerja dengan orang yang cerdik. Maksud saya, hanya orang bodoh akan seronok bekerja dengan orang bodoh. Dan saya percaya bahawa saya orang yang cerdik dan tidak manusia yang bodoh. 


(Baca seterusnya di SINI)

Anda mungkin berfikir bahawa saya kedengaran seperti sangat sombong kerana mengatakan perkara itu tetapi apabila ia adalah yang benar bagaimana boleh saya tidak mengatakannya?Dan tidakkah itu kebenaran yang menyakitkan seperti yang mereka katakan? Anda hanya perlu melihat Rafizi Ramli berbahas di parlimen di dalam video di bawah bagaimana bodohnya beliau (sekiranya ada belum yakin bahawa beliau sememang orang yang bodoh)




Rafizi sepatutnya menjadi bintang nombor satu mereka. Bolehkah anda bayangkan kualiti (atau kekurangan daripadanya) dari orang-orang lebih bawah dari rantaian tersebut? Dan apabila saya diberitahu nama-nama personaliti dalam pasukan Mahathir – orang seperti Kadir Jasin, Syed Akbar Ali, Zainuddin Maiden, Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang, dan lain-lain -Saya tahu bahawa tidak mungkin saya menyertai pasukan mereka dan saya memilih untuk bersama pasukan Najib.

Rafizi Ramli memberitahu Parlimen bahawa pada tahun 2015 sahaja kerajaan telah mengutip RM39 bilion dari cukai GST. Rafizi kemudian membuat kira-kira dan menjelaskan bahawa setiap keluarga di Malaysia membayar RM19 cukai GST setiap hari yang mana jumlah setahunnya adalah RM6,935 bagi setiap keluarga di Malaysia.

Bagi keluarga yang membayar RM6,935 setahun cukai GST, mereka perlu membelanjakan sebanyak RM115,583 setahun, pendapatan keluarga pula mestilah sekurang-kurangnya RM250,000 setahun selepas cukai pendapatan – dengan menganggarkan anda juga harus membayar rumah (sewa atau ansuran bulanan), bayaran ansuran kereta, cukai pintu, cukai tanah, hantar anak ke sekolah, telefon, internet, TV kabel dan lain-lain lagi untuk bayaran.

Rafizi datang dari Kemaman di Terengganu dan dia tahu bahawa orang Melayu di Terengganu tidak mempunyai pendapatan sebanyak RM250,000 setahun bagi setiap keluarga (melainkan anda adalah Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Ketua PAN di Terengganu). Malah sangat sedikit Cina di Terengganu berpendapatan RM250,000 setahun bagi setiap keluarga kecuali daripada keluarga pembalak dan keluarga kilang papan.

Jadi siapakah Rafizi ingin permainkan apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa setiap keluarga di Malaysia membayar RM19 GST setiap hari selama 365 hari setahun? Anda hanya membayar GST apabila anda berbelanja. Jika anda tidak berbelanja maka anda tidak perlu membayar GST. Jadi, untuk membayar RM19 GST setiap hari, anda perlu membelanjakan RM115,583 setahun dan mendapat sekurang-kurangnya RM250,000 setahun selepas cukai pendapatan.

Ianya kelihatan seolah-olah seorang lagi penasihat Tun Dr Mahathir Mohamad, Syed Akbar Ali, ialah orang yang membantu Rafizi menyediakan ucapan di Parlimen. Ini Syed Akbar adalah seorang lagi manusia bodoh yang sentiasa menggelarkan Najib seorang dungu sedangkan dia sendiri seorang ‘spoil’ seperti Polis Keystone.



Sekarang, jika apa yang Rafizi ucapkan di Parlimen tidak cukup untuk tunjukkan kebodohan, pakar media Mahathir, Kadir Jasin turut terjun mencabar Rafizi untuk mendapatkan ‘award’ Manusia Terbodoh Pada Tahun Ini. Merujuk kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini serta urus niaga pelaburan yang bernilai RM144 bilion Malaysia dan China tandatangani, Kadir berkata:

“Mari kita lihat jika modal China benar-benar mengalir ke dalam dan setiap sen diambil kira. Kita tidak mahu syarikat-syarikat China untuk datang ke Malaysia atas alasan mahu melabur dalam projek-projek yang besar tetapi meningkatkan modal dari pasaran tempatan. Saya mencabar Mustapa Mohamed, Johari Abdul Ghani dan Muhammad Ibrahim untuk menunjukkan kepada kita slip bayaran bagi membuktikan bahawa syarikat-syarikat China sebenarnya membawa masuk modal.”

(BACA SETERUSNYA DI SINI)

Slip wang masuk? Kenyataan bodoh apakah ini. Kadir menjangkakan pelabur China untuk segera bergegas ke bank untuk memasukkan wang sejumlah RM144 bilion dalam bentuk wang tunai ke dalam ‘akaun pelaburan’ supaya mereka boleh melabur di Malaysia?

Saya percaya Kadir pernak memiliki majalah yang dipanggil Malaysian Business. Namun dia tidak dapat memahami bahawa apabila pelabur asing melabur RM144 bilion di Malaysia mereka tidak bank in RM144 bilion dalam bentuk wang tunai ke dalam akaun bank mereka di Malaysia. Apa yang bodoh sangat Kadir ini!



Mahathir seharusnya mempertimbangkan untuk memecat pegawai pegawai Keystone Cops bodohnya dan menggantikannya dengan penasihat penasihat yang cerdik seperti apa yang Najib miliki: manusia yang mempunyai otak dan yang pandai dalam pekerjaan mereka. Sebagai contoh, pegawai pegawai Najib akan tidak pernah menasihatkan Najib untuk melakukan apa yang Mahathir Selasa lalu: membuat penampilan sebagai tetamu di Parlimen.

Itu adalah perkara yang terbodoh yang pernah Mahathir lakukan. Sekarang masyarakat mula bertanya: Siapa yang menjadi lembu siapa? Adakah Lim Kit Siang lembu Mahathir atau Mahathir adalah lembu Kit Siang? Hasilnya adalah kedua-dua Cina dan Melayu merasa amat kecewa dengan kerjasama atau pakatan di antara Mahathir dan Kit Siang. Sebenarnya itu adalah situasi yang amat merugikan sedangkan Mahathir dan Kit Siang berfikiran bahawa mereka sedang mengatasi antara satu dengan yang lain.

Ya, Mahathir fikir dia menggunakan Kit Siang dan dengan itu memberi manfaat kepadanya sedangkan Kit Siang berfikir bahawa beliau mempergunakan Mahathir dan dengan akan memberi manfaat kepadanya juga. Sebenarnya kedua-duanya tewas kerana kedua-dua kaum Melayu dan Cina begitu jijik kepada Mahathir dan Kit Siang boleh membuang prinsip mereka dan bekerjasama antara satu sama lain bila keduanya berharap salah satunya mati.



Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu orang ramai bahawa penulisan Malaysia Today adalah satu pembohongan.

Soon Husni’s victims will all be identified

Maybe Husni forgot about his sex scandals

Two billion reasons why Husni attacked Najib yesterday

Hakikatnya Husni tidak pernah menafikan kepada umum atau mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kedudukannya. Menurut Mahathir, selagi Najib tidak menjelaskan dan menerangkan, maka Perdana Menteri hendaklah dianggap bersalah. Begitu juga dengan Husni: “what is sauce for the goose is sauce for the gander”.

Saya tahu satu kes di mana Husni menawarkan kepada salah seorang daripada kakitangannya French kissing lessons’ dan apabila dia membongkok untuk mencium wanita tersebut menolak beliau, menurut Raja Petra. Husni berada dalam liga yang sama dengan Muhyiddin Yassin dan, seperti dalam kes Muhyiddin, kerjaya politik Husni tamat buat selama-lamanya. Itulah yang berlaku apabila anda makan dan buang di tempat yang sama. Dan dia memperbodohkan ramai orang dengan berjanggut dan sentiasa bercakap mengenai agama sedangkan beliau “tuang” solat Jumaat wajibnya dengan bersembunyi di pejabat.

Fakta terakhir, sesetengah orang tidak percaya bahawa penasihat Najib sudah tahu beberapa bulan lalu bahawa Donald Trump akan menang pilihan raya Presiden AS dan mereka telah merancang strategi mereka apabila Trump mengambil alih White House.

Sebenarnya anda hanya perlu mengkaji trend atau corak (lihat di bawah) untuk melihat bahawa tidak dapat dielakkan yang Trump akan menang. Apabila Presiden Obama dan First Lady keluar dan berkempen untuk Hillary Clinton, kita tahu kemudian bahawa Trump telah menang.



List of US Presidents since Kennedy

1961: John F. Kennedy, Democrat (1 term)

1963: Lyndon B. Johnson, Democrat (1 term)

1969: Richard Nixon, Republican (1 term)

1974: Gerald Ford, Republican (1 term)

1977: Jimmy Carter, Democrat (1 term)

1981: Ronald Reagan, Republican (2 terms)

1989: George H. W. Bush, Republican (1 term)

1993: Bill Clinton, Democrat (2 terms)

2001: George W. Bush, Republican (2 terms)

2009: Barack Obama, Democrat (2 terms)

2017: Donald Trump, Republican


Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top