.... Littoral Mission Ship: Kenapa Beli Dari China | AAKJ



Initipati pengumuman YB Menteri Pertahanan pagi tadi berkenaan Kapal Littoral Mission Ship (LMS) dan Program Transformasi TLDM 15 to 5

1. Perolehan LMS ini merupakan sejarah penting buat negara memandangkan ini merupakan kali pertama Malaysia membeli aset pertahanan dari China.

2. Malaysia memilih China disebabkan tawaran menarik dari aspek kos dan spesifikasi kapal, kepakaran dan pengalaman China membangunkan LMS serta sistem yang memenuhi keperluan TLDM.

3. Perolehan LMS merupakan keperluan bagi menggantikan kapal-kapal TLDM yang telah berusia dan memerlukan kos operasi dan selanggaraan yang tinggi. Purata umur kapal-kapal TDLM kini melampaui tempoh 30 tahun. Ini menyebabkan kos operasi TLDM meningkat setiap tahun serta menghadkan aspek pelaksanaan operasi.

4. Penggunaan LMS ini juga berupaya memenuhi keperluan semasa TLDM berdasarkan konsep ‘fit for purpose’, memandangkan kapal-kapal ini direka khas untuk menjalankan misi-misi yang mencabar serta memenuhi standard piawaian antarabangsa.

5. Perolehan LMS ini juga merupakan satu bentuk pemindahan teknologi kerana pembinaan ini akan diusahakan diantara Boustead (sykt Malaysia) dan CSOC (agensi Kerajaan China). Ia akan meningkatkan keupayaan firma tempatan untuk bergerak menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.

6. 2 kapal pertama daripada 4 buah LMS ini akan dibina di China. Syarikat Boustead yang dipertanggungjawabkan untuk membina kapal ini bakal memperolehi kepakaran dengan kos yang lebih rendah di China seterusnya digunakan dalam pembinaan 2 lagi kapal di Malaysia. Perkara ini secara langsung akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mepertingkatkan kualiti kerja rakyat Malaysia.

7. Pemantauan pembinaan kapal tersebut akan dilaporkan kepada Menteri Pertahanan China dan Menteri Pertahanan Malaysia di bawah Jawatankuasa Tertinggi Pertahanan yang dipengerusikan kedua-dua Menteri.

8. Kos pembelian LMS ini ditanggung sepenuhnya oleh TLDM menerusi penjimatan peruntukan belanja mengurus melalui Program Transformasi 15-5. Ianya tidak melibatkan peruntukan daripada Bajet Pertahanan 2017. Ini pembelian ‘Off-Budget’.

9. Banyak spekulasi yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung harga pembelian LMS. Jangan terpengaruh dengan dakwaan tersebut, harga siling telahpun ditetapkan pada RM250juta satu kapal dan akan dibiayai melalui penjimatan TLDM.

10. Transformasi 15 to 5 TLDM adalah konsolidasi daripada 15 kelas kapal yang sedia ada kepada 5 kelas kapal di masa akan dating tanpa mengurangkan jumlah kesuluruhan kapal dan kecekapan operasi serta keupayaan TLDM. Ini merupakan satu transformasi yang kreatif, inovatif serta pemikiran luar kotak untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara.

11. Kapal lama yang tidak lagi kos efektif untuk dioperasikan akan dilucutkan tauliah dan seterusnya dilipuskan secara berperingkat berdasarkan polisi semasa kerajaan.Kerajaan mempunyai pilihan samada kapal yang dilupuskan dijual melalui tender terbuka kepada pihak atau negara yang dibenarkan/diserahkan sebagai sumbangan/dijual sebagai ‘scrap’ atau dijadikan sasaran penembakan di laut.

Foto hiasan

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top